Mak Jemah Sangat Awak Naurah!






Gelak nak pecah perut sampai kuor air mata jumpa pic budak ni selfie dalam henfon. Naurah memang jarang sangat main henfon aku. Sebab henfon mak takde install game ke ape. Even Tom the cat tu huhuhu. One morning dia main henfon ni sebelum ke kindy.

Pic ni dia snap kat porch kereta. Memang aku tak perasan lansung pasal bz nak masukkan beg bagai dalam kereta kesana kesini. Tak amek kisah dah dia buat apa. Sampai office jumpa pic ni memang tergelak gelak dibuatnya.

Tak tahulah dia ikut siapa. Siap duck face tu haaa. Aku rasa teacher dia kat kindy selalu buat dengan kawan-kawan dia yg lain kot. Aku x pernah pulak buat duck face. Dan tak pernah sesaje amek pic selfie sensorang muka terpampang gini kat rumah. Kalau kat office tu ada lah sesaje post dlm grup wassap haha.

Whatever lah Naurah. Asal awak happy. But you really made my day =D






Popular Posts