Penulis Selfie


Ustajah pilihan ekekeke.

Dulu-dulu pelik jugak orang yg suka selfie ni. Aku mcm segannya lahai nak tepek muka sendiri even kat blog sendiri ni. Tapi sejak terjebak dengan geng wasap, selalulah memasing men selfie ootd bagai. Maka, aku pun slowly terjebak lah sama. Saje je suka-suka. Lagipun geng pompuan je seme dlm sana. Geng mak-mak. Haha.

Selfie yg nampak semenggah skek di mata boleh la sekali sekala tepek sini. Buat readers yang tertanya bagaimanakah rupanya penulis blog yg tegar ini. Biasa-biasa je orangnya. Tak lawa pun dengan hidung jawanya. Pipi tembun. Badan tak solid.

Tapi penulis bersyukur dengan rupa yg dikurniakan Allah ni. Tak pernah lagi la terlintas nak buat plastic surgery haha. Ada juga jodohnya even tak lawa mana. Alhamdulillah.

Bila tengok semula gambar-gambar lama, aku rasa bersyukur banyak juga perubahan drp segi berpakaian. Skrg ni sbnrnya belum perfect jugak. Kdg masih sambil lewa especially bab stokin tangan. Baju pun kadang ada yg belum cukup labuh & longgar. Pelan-pelan kayuh. Nak tukar semua outfit sekaligus memang ambil masa. Lainlah kalau duit memang tak berhabis =P

Pada aku biar ada sedikit perubahan drp tak ada lansung. Biar ada peningkatan dlm ibadah drp takde lansung. Biar sikit ibadah yg dilakukan asalkan istiqomah. Kita mahukan kualiti bukannya kuantiti. Tapi kalau kuantiti meningkat seiring dengan kualiti, tentunya itu lebih baik. InsyaAllah.

Sama-sama kita berusaha perbaiki diri kita ye readers =)

Aku ingat lagi langkah pertama aku ke arah pembaikan drp segi pakaian back at year 2000. Masa tu matrikulasi di Perak. Tersentap dengan tazkirah Abang MPP tentang bertudung tetapi baju berlengan pendek. Terkesan dengan peringatan itu, aku digelar budak sweater sampai tamat belajar kat sana. T-shirt byk lengan pendek. So kena la cover dgn sweater.

Pernah 1 hari ditegur oleh abang senior kenapa asyik ber sweater? Tak panas ke? Aku senyum. Belum sempat menjawab, abg senior yg lain kata...

" biarlah dia panas kat dunia drp panas kat akhirat sok ".

Ianya dalam nada yg berseloroh tapi sangat menusuk jiwa. Sudah 14 tahun peristiwa tu berlaku. Ianya masih segar di ingatan. Itulah titik tolak perubahan aku dari segi pemakaian menuju ke arah kesempurnaan mengikut syariat Islam. 

Ada orang perubahan yg diambil tak lama. Tapi Allah dah tentukan perubahan aku berperingkat. It takes me 14 years to be like I am today. Lama. But I'm proud of myself. At least aku tak sentiasa berada di takuk yg lama. I'm changing to be a better muslimah years by years. InsyaAllah.

Harap Allah panjangkan umur sampai dapat jadi perfect. Dan paling penting sekali ianya istiqomah hingga ke akhir hayat. Amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat