Kenapa Suka Mengungkit?

Kalau bergaduh, tak sah kalau tak mengungkit. Adakah itu menunjukkan perkara yang kita lakukan tu sebenarnya tidak ikhlas? Terpaksa?

Tak jugak pada aku. Tapi kan, kalau kita dengar orang mengungkit dia buat itu ini kan, rasa macam menyampah nya lahai. Memang dalam otak kita kata, hisshh tak ikhlas dia ni buat kerja. Sebabnya dia mengungkit balik apa kerja yg dia buat tu. Itu pandangan orang yang mendengar ungkitan itu lah.

Tapi dari pandangan orang yang mengungkit, lain pulak halnya. Sebenarnya dia sokay je buat kerja tu. Kadang bukan kerja berat mana pun. Simple je pun. Like tutup suis TV lepas habis menonton or letak pinggan dalam sinki lepas habis makan. Kan senang je tu. Tapi bila bergaduh, benda kecik gitu pun boleh jadi besar. Sebabnya kadang kita rasa orang yg di pihak sebelah tu macam tak memahami kita. Or saja taknak memahami?

Tapi.....ada jugak orang yg mengungkit sebab dia saja nak highlight kelemahan orang lain. Saja nak kata dia tu bagus sangat, tip top etc. Well, it depends on your niat lah. Itu tuan punya diri & Allah je yang tahu =) Kalau rasa beban, tak ikhlas, baik tak payah buat kot.  Tapi dia kata, kalau aku tak  buat, siapa nak buat? Well, ada je orang akan buat sbnrnya. Dia je yg tak tahu. Kot?

In some cases if dia dah taknak buat kerja tu, then orang lain cuai terlupa sekali sekala tak buat, siap lah kauuuuuuuu. Hahahaha. Dia akan ingat sampai mati. Gitu. Ada chop dah kat dahi ko di mata dia. Ini orang yang selalu CUAI. Kahkahh.

Kadang ada orang dia jenis lebih efektif drp orang lain. Jenis pantas. Kadang nampak macam tak sabar sangat pun yer. Sampai menyusahkan orang lain pulak. Tapi dia tak kisah. Yang penting dia rasa dia dah buat kerja tu & pd dia menyenangkan orang lain. Walau hakikatnya ianya tidak 100% begitu. Orang lain bukan taknak buat kerja tu. Cuma masa utk melaksanakan benda tu kurang pantas dari yg terlebih pantas tu. Tu je.

Ahh...bukan senang nak memahami orang lain. Sedangkan diri kita pun kadang kita tak berapa nak faham. Inikan pulak nak paham semuanya tentang orang lain. Thats y kita kena selalu bertolak ansur. Kalau takde tolak ansur, kucar kacir la hidup. Especially rumah tangga la. Suami isteri ni kan.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Kena terima lah hakikat tu. 1 tahun pertama perkahwinan memang proses belajar tentang baik buruk pasangan. Tahun selepasnya pulak camne nak atasi segala perbezaan yang ada tu.

Isteri selalunya tak kisah sangat pun banyak berkorban duit & tenaga utk bantu suami serba sedikit. Tapi bila kita kadang mengeluh dengan harapan cuma nakkan acknowledgement dari suami tentang susah payah kita, suami pulak mempersoalkan kita balik, itu yang jadi banyak mengungkit tu. Macam, ehh suami....kalau lah isteri awak ni tak bantu sana, bantu sini, boleh ke kita hidup senang macam ni? Kalau nak harapkan awak sorang je, boleh ke kita senang gini? Tolong lah hargai sikit susah payah isteri ni yer. Susah sangat ke nak bagi pujian? Asyik tahu nak salahkan orang aje! Kita bantu banyak pon dah cukup baik taw!!

Itulah dia kalau dah bergaduh. Padahal kita buat semua tu ikhlas je kerana Allah Taala. Tapi bila orang yg kita harapkan memahami tu, semacam taknak memahami, angin pun naik ke kepala lah. Hehehe =P Asam garam kehidupan. Lepas gaduh, minta maaf jelah.

Kalau aku senang je. Dah 5 tahun kahwin ni paham sangat dah. Caranya ialah DON'T THINK TOO MUCH. Selalunya perempuan memang suka fikir banyak sangat sampai stressed. Sakit hati punya pasal kan. Lepastu mula lah tarik muka & silent mode. Kahkahh. Aku pun dulu macam tu jugak =P Tapi itulah...lama-lama penat makan hati sorang-sorang. Laki relax je tengok bola, makan like nothing happened. So what I did is, don't think about it. 

Let it go.....let it gooooo....

Bebaskan....bebaskannnn.....


HAHAHAHA. And it works =) 

After all, kita kahwin atas dasar suka sama suka kan? Hadaplah pasangan yg awak pilih tu dengan penuh kesabaran. Good luck! ^_^


Peace yaw kata Naurah. Chill ibu chill =P






Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum