Kerek Sangat Rugi Lah

Selera makan mencanak naik macam hape je lately. Aii..makin gedompol la aku jawabnya tak lama lagi. Tank perut tu rasa mcm kosong betul & besar ruangnya. Bila makan sikit macam tak effect apa-apa. Kena makan banyaaaaaakkk baru dia sedak rasa. Hahaha. Gila betul lah. Esok kena kuat semangat buat puasa sunat hari Khamis. Tak boleh dibiarkan selera makan yang durjana ini. Jahat sungguh dia!

Ape tah nak bebel pagi ni. Takde idea pulak. Naurah dah demam 4 hari tapi tak kebah lagi. Dedar sokmo badannya. Risau lah pulak. Sebbaek Nazif sihat walafiat & happy je duduk sama Wan. Malam-malam tido peluk dia heaven sangat rasa. Rs bersyukur tahap tertinggi pd Allah Tuhan sekalian alam kerana memberikan nikmat itu. Pagi buta terjaga & baru nak solat Isya'. Alang-alang, buat tahajjud terus 2 rakaat. Moga Allah sentiasa menjaga & melindungi kami sekeluarga. Amin.


Ini pic sebelum demam hari tu. Happy je jumpa cousins yang susah sangat nak jumpa ni. Padahal rumah kitorang bukanlah jauh sangat pun. Tapi asal nak ke rumah deme, ada aje alasan kakak bagi. Macam tak sudi je nak terima kami hohoho. Deme se family memang kaki jalan. Tak lekat rumah. Takpelah..orang tak sudi, kite pon tak nak hegeh sangat. Lepak rumah Kak Ya lagi best. Sentiasa terbuka utk kami =P

Cuma kesian kat budak-budak lah kan. Nasib korang lah dapat mak bapak kerek wuwuwu. Deme kalau jumpa Naurah & Nazif memang susah nak berpisah. Sbb jarang jumpa kan. Kesian.

Kakak sulung tu memang berat lebih pada family suaminya. Jarang join xtvt belah kami. Kalau raya pun tak pernahnya kat Johor dulu. Mesti belah sana then orang lain nak balik dah raya ke 3,4 barulah hegeh nak balik. Memang tak jumpa punye. Good bye lah. Tak koser kami nak tunggu awak. Duit raya anak-anak awak pun kami dah belanjakan beli susu pempes double N. Nasib lahhhh...hahahaha =P

Aku lebih suka konsep giliran bila beraya ni. Balik dua-dua belah family. Cuma gilir raya 1st kat mana tu jelah. Barulah sepakat gitu. Adil dan saksama =)







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum