Nazif First Step

Pagi tadi Nazif buat surprise kat aku & Naurah. Dia berdiri tak pegang apa-apa lama jugaklah. Pastu menapak selangkah dan jatuhhhh ekekeke ^_^" Terus tepuk tangan kat dia supaya dia happy. Dengan harapan dia rajin lah nak berlatih berjalan. Dia ni bukan apa, manja kededek sangat. Sokmo nak berdukung aje. Tu pasal lambat skek nak berjalan. Plus nak suruh orang pimpin dia jalan laju-laju. Kurang sabar. Macam aku rupanya. Hahaha =P

Menyusur, merangkak..semua mau laju terus. Berjalan tak boleh la macam tu dik. Kena pelan-pelan, kena seimbangkan badan dulu..barulah boleh nak menapak. Tak sabar sangat dah rasanya nak tengok dia berjalan. Mesti comel gila jalan kengkang tu =D Nazif pun kemain la muka happy masa berdiri tak pegang apa tu. Lepas menapak & jatuh tergelak-gelak dia. Rugi la habi missed this moment huhu.

Mendukung Nazif pun dah rasa beratnya. Semangat dah badan tu. Baju pun banyak dah fit. Kena la ibu shopping baju baru yer. Takpe...itu memang kelebihan yang istimewa ada pada ibu. Shopping. Mwehehe. Tadi singgah kedai baju budak kat Taman Seroja tu lepas ke klinik. Beli shirts for Naurah & Nazif lah. RM5 jer sehelai. Takat nak buat baju basahan sokay sangat kot. Material dia pun not bad lah.


Ohh..pasal folo up kat klinik, doctor bagi ubat suruh makan utk sebulan tengok acaner. Nanti lepas sebulan kena folo up semula. Tu je.

Last night keluarga kecil kami dinner kat Nando's. Sempena birthday aku lah kan. Habi asyik tanya nak makan mana. Layankan jelah. Padahal aku rasa malas gila nak makan luar. Badan rasa tak fit lately kan. If ada masa memang nak berehat je lepak dengan budak-budak & tido. Nikmat woh. Selain dari makan quarter chicken & the side dishes, beli la 1 slice of Caramel Cheese Cake buat ada-ada. Sedap. Dah pernah makan dulu. So beli jelah benda yg kita tahu mmg dah sedap. Berebut makan dengan budak-budak. Haha.



Dah nak balik baru sempat snap pic. Sabor jelah. Nazif buat onar lempor makanan kat lantai. Ahh...memang habit dia lah tu. Asal benda dia dah taknak, main lempor jer merata. Geram betul. Dah tegah banyak kali pun buat jugak. Pasrah ajelah. Nama pun budak-budak. Kalau dah besar macam Naurah tu mmg aku jerkah keras sket je. Pandai la takut tak buat dah =P



Syukur kepada Allah. Walau dapat hadiah penyakit darah tinggi yang makin teruk, aku rasa happy masih di kelilingi ahli keluarga yang baik belaker. Kawan-kawan pun semua baik belaker. Bahagia. Walau duit tak berkepuk, happy jugak hidup seadanya. Dapat bayar hutang study, dapat saving, dapat bagi mak abah, dapat shopping utk anak-anak, cukup makan (ker terlebih makan?kahkah), banyak lah yg cukup nya haaa. Sampai tak tertulis dah ni. Semua tu rezeki dr Allah jua.


Tq Allah. Tq semua. Tq tq tq.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat