Target Baru Sekolah Rendah Agama Integrasi

Tahun depan 2015 Naurah dah 5 tahun. Rasa makin gigil je pasal tak lama dah nak sekolah Darjah 1. Err..gigil tu pasal persaingan kat sekolah zaman sekarang tak sama lansung dengan masa zaman kita dulu. Seingat aku masa aku Darjah 1, baru nak belajar mengeja dan membaca. Zaman skrg sebelum masuk sekolah dah ada exam utk menentukan anak kau duduk kelas yg mana. Kelas budak dah pandai membaca atau belum pandai lagi. Sedih kot kalau anak kita duduk kelas budak yang ketinggalan.

Dulu kita tak masuk tadika pun tak ada masalah. Darjah 1 tak tahu apa-apa pun sokay. Boleh je belajar dan catch up dengan pelajar lain. Tapi sekarang dah tak boleh macam tu. Belum apa-apa anak kita dah dikelaskan mengikut kemampuan dia. Tadika dah belajar membaca. Dah boleh mengira tambah tolak darab bahagi. Tak ke kesian kalau anak kita clueless bila masuk Darjah 1 sok sebab kita tak sekolah tadika kan dia?

Lagi pulak budak zaman sekarang dia punya kematangan tu agak cepat. Macam kita dulu tak kisah sangat kot pasal kelas pandai ke kelas kurang pandai ke. Tapi budak skrg kemain lagi dah anggap itu perkara besar bagi diorang. Kadang kita taknak anak kita rasa rendah diri, so kenalah kita usaha lebih sikit bagi dia nampak bijak. Tak cukup dengan pelajaran kat tadika, kat rumah pun kita kena buat kelas mengajar kita sendiri. Dahsyat tak dahsyat la pembelajaran zaman skrg.

Selalunya kita lepas habis persekolahan memang tak ambil kisah dah bab sekolah ni semua. Cuti sekolah pun tak tahu bila. Haha. Tapi bila anak dah sekolah sok, memang kena alert lah dengan macam hal berkaitan sekolah. Kena kenal dengan parents & teachers. Kena selalu ambil tahu perkembangan anak kita kat sekolah macam mana. Kena tahu siapa kawan dia. Kena tahu aktiviti dia. Paling kita takut anak kita jadi budak nakal dan bermasalah. Harap di jauhkanlah.

Aku memilih utk memasukkan Naurah ke tadika Islamik sebab aku tahu hanya pegangan agama yang kuat dapat membentuk jati diri yang terbaik bagi dia. Kalau peribadi anak kita elok, InsyaAllah yang lain akan menyusul. Aku lebih risaukan sahsiah diri drp tahap kecerdikan anak. Takpelah tak kuasai 3 bahasa pun asalkan hafal surah lazim. Allah kena kita letakkan nombor 1. Agama. Itu paling penting sekali. Pada aku, itulah basic kepada jalan kehidupan yang anak aku akan lalui sepanjang hidupnya.

Semalam, aku dah ada target baru untuk Naurah. Tahun 2016, aku nak Naurah ambil exam masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi yang dipantau oleh JAIS. Sekolah ni macam sekolah swasta dan ianya memang berteraskan agama Islam. Satu yang ibu bapa kena ingat, bila masuk sekolah swasta mcm ni, peluang masuk sekolah berasrama penuh milik kerajaan memang tak ada bila menginjak ke Sekolah Menengah nanti.

Kita usahakan sama-sama yer Naurah. Lambat lagi kot hehehe. Tapi itulah....aku nak kaji lagi pasal SRAI ni. Kebetulan ada SRAI Salak Tinggi yang tak jauh mana pun dari rumah kami. Lagi berkobar semangat nak Naurah masuk sekolah berasaskan agama. Dah nampak hala tuju utk anak-anak. Nazif tentu sekali akan ikut jejak langkah kakaknya. Harapnya Allah permudahkan lah cita-cita aku untuk anak-anak ni. Amin.

Kat akhirat sok Allah tak tanya pasal anak kita kuasai berapa bahasa dan kerja hebat apa masa kat dunia. Allah mesti tanya apa didikan agama yang kita dah bagi pada anak-anak. Sejauh mana usaha kita utk terapkan ilmu agama dlm diri mereka. Baik atau buruknya anak-anak kita bila kita dah usaha bagi didikan yang terbaik pd mereka bukan lagi tanggung jawab kita. Itu terpulanglah pd anak-anak sendiri. Allah yg tentukan jalan hidup diorang. Tugas kita perkenalkan agama seawal yg boleh utk mereka. Utamakan agama tu dari segala hal. Kemudian pilihan di tangan mereka.



Moga jadi anak yang soleh & solehah yer Naurah & Nazif. Jangan lupa doa & sedekah al Fatihah pada ibu & ayah bila kami dah meninggal dunia sok. Buat penerang kubur kami yang gelap itu tsktsk.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat