Cara Kami Mendidik Anak

Budak-budak ni ada banyak fasa. Fasa mengada, fasa menangis, fasa menipu, fasa melawan cakap & banyak lagi lah. Semua ni aku belajar dari pengalaman membesarkan Naurah lah. Pengalaman ciput je pasal Naurah baru nak masuk 5 tahun kot hehehe. Tapi at least ada lah benda yang kita ambil pelajaran kan? Ingat senang ke nak jadi ibu bapa? Parenting is a life time education okay. Pelajaran yg diambil dari anak pertama, boleh apply pada anak kedua. Dengan harapan kita dah jadi lebih cool lah drp masa handle anak pertama.

Aku kalau bab anak-anak ni tersangatlah mengambil kisah. Rasa mcm tggjwb sangat besar tergalas kat bahu ni. Cita-cita utk anak-anak sentiasa yang baik-baik saja. Nak dia jadi budak yang cerdik, yang baik hati, yang sopan santun, yang disukai ramai. Gitu. Ramai kawan aku pun mahukan anak diorang sama mcm apa yang aku mahu. Dalam masa yg sama aku tahu ada juga ibu bapa yang tak ambil kisah sangat perihal anak-anak. Itu aku tak mahu komen lebih lah pasal akur ada orang baik & orang tak baik kat dunia ni. Tak semua ibu bapa tu baik-baik peel belaker ork. 

Ada je ibu bapa yang bermasalah macam hisap ganja, mencuri, gangster etc. Kita nak cakap apa kan kalau anak tu dah dilahirkan dalam suasana yang tak sihat gitu. Hanya Allah yang tahu rahsia perjalanan hidup setiap hambaNya.

Aku rasa bersyukur sampai ke saat ini Naurah terbentuk sedemikian akhlaknya. Belum ada lagi lah perangai dia yang buat aku rasa menyesal sangat tak didik dengan betul. Harap takkan pernah lah ada perasaan tu. Rasa bersalahnya lahai if anak-anak kita jadi tak elok dah besar sok ekk. Doa jelah moga Allah tunjukkn jalan yang lurus pd semua anak-anak kita nanti. InsyaAllah, amin.

Tapi membesarkan Naurah sangat berbeza dgn membesarkan Nazif. Tak pasti sbb berlainan jantina ke gane. Naurah mmg dari baby lagi jenis ayu sopan gitu. Nazif pulak lepas umur 1 tahun memang nampak aggresif jugaklah. Kemain suka melepuk orang kdg tu. Buat kakak macam-macam lah. Naurah mmg takkan balas punye sbb aku ajar dia beralah dengan adik. Tapi Nazif mmg tetap kena marah utk didik dia apa yg dia buat tu tak betul. Jangan kita menangkan aje dia tanpa ajar benda dia buat tu salah. Naik lemak la nanti kan? 

Marah budak-budak pun aku & habi memang jarangggggg sgt memukul. Sebab taknak anak ikut jadi cepat tangan. Selalu mmg keraskan suara ajelah bagi kuat sikit. Gertak gitu kan. Buat muka singa skek. Selalu jalan jer kaedah tu hehehe. Habi kalau marah sangat dia jentik telinga Naurah skek. Aku kdg kelepek jugak tgn kat betis Naurah. Nazif pun gitu. Sbb pernah baca if nak pukul anak biar dari lutut ke bawah. Syukur gakla aku mmg jenis tak cepat tgn bab memukul anak ni. Even masa kecik aku selalu kena tibai dengan mak abah hahaha =P Selalunya sbb nakal, banyak main & tak jaga adik huhuhu.

Maybe sbb kena pukul tu cuma bila kita betul-betul buat salah je. Takdelah selalu sangat sampai hari-hari kena pukul. Jadinya emosi kita masa bdk2 takdelah terganggu smpi terbawak sampai ke besar. Selalunya if kena pukul tanpa sebab munasabah & kerap yg bdk2 membesar boleh jd psiko. Bila ada anak-anak sendiri, dia balas kat anak pulak pasal masa kecik dia kena gitu. Klu belum ada anak, maybe jadi orang yang keras hati & tak berapa disukai ramai. Kesian.

Aku & habi tgh ajar Naurah supaya kasihan pd orang yang kurang bernasib baik. Kalau nampak orang mintak sumbangan or minta sedekah, sekali sekala kami akan bagi pd Naurah duit suruh masukkn dalam tabung or mangkuk. Pastu aku cakap la kat Naurah, kesian nenek tu susah takde duit nak makan. Kita bagi duit sikit supaya dia dapat makan lah. Dia lapar tu tak makan dah lama. Now everytime Naurah nampak nenek tu kat Pasar Malam, mesti dia cakap dgn aku. " ibu, kesiannya nenek tu tak makan kan? ". Aku harap hati Naurah jenis lembut, suka bantu orang susah tanpa rasa prejudis.

Biarlah orang kata ada sindiket minta sedekah ke apa. Pada aku niat kita tolong orang ikhlas kerana kasihan pd orang yang kurang bernasib baik. Supaya kita rasa syukur hidup kita lebih baik drp dia. Tolong kerana Allah Taala suka orang yang tak kedekut dengan rezeki yg dia ada. Tentang sindiket tu semua biar Allah yang tentukan. Semuanya bergantung pada niat kita yang memberi ye tak?

Kalau kita nak anak rajin solat, kita pun kenalah rajin solat. Kalau nak anak suka bantu orang susah, kita pun tolonglah orang susah. Anak kita selalunya refleksi kepada diri kita juga. Moga Allah bagi aku jalan & petunjuk dalam membesarkan anak-anak menjadi individu yang berguna pd agama, bangsa & negara. Ewahhhh ekekek. Mcm poyo plk tulis gitu =P Ape ingat ko tu hebat sangat Sharena???? wakakaka. Semuanya bermula drp angan-angan, barulah boleh jd kenyataan ye tak? ^_^

Ajar Naurah jd kakak yang penyayang pd adiknya :)







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum