Skip to main content

Pengalaman Berbekam

Sabtu lepas, aku ke Bangi utk berbekam. Sederet dengan Manjaku, atas kedai Al Mughni, tingkat 3. Ada pembekam wanita & lelaki. Bekam by appointment lah yer. Bagitau waktu kita nak datang, nanti dia tunggu. Tempatnya pun selesa aje. Bawa anak-anak pun OK sbb ada ruang bdk-bdk nak main kat depan tu. Semua orang tahu bekam tu apa kan? 

Berbekam mampu mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung serta merendahkan kadar stres di dalam tubuh, di mana ia perlu untuk menghindarkan diri daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetes, artiritis, tekanan darah tinggi dan kanser.

Berbekam ni sunnah Rasulullah SAW. Dapat pahala, insyaAllah.

Mak, Abah, Kak Ya & Hirraz semuanya pernah berbekam. Bekam ni proses buang darah kotor dalam badan. Segala toksid, kolestrol, harapnya terbuang sama lah ^_^"

Masa pergi tu aku cakap dah nak buat bekam darah tinggi & migrain. So bekam paling sesuai kat belakang badan & sekitar tengkuk. Mula-mula pembekam sapu minyak & urut sket badan kita. Lepas tu dia bekam angin dari dalam badan. Lepas tu baru dia cucuk badan kita dengan Pen Bekam yang takdelah sakit mana pun. Bearable lah. Laju-laju je dia buat tu. Lepas cucuk, dia pasang lah cup bekam tu sedut darah kotor dari bekas cucukan tadi tu. 2 round dia buat kat aku utk bekam darah tu.

Puan Aini tu kata tak banyak sangat darah kotor aku. Dia kata org darah tinggi selalu darah memang pekat skek. Maybe susah nak keluar. Lagipun tarikh aku buat tu tak kena. Lagi senang darah kotor keluar if buat pd tgh bulan dlm kalendar Islam.

Takdelah horror sangat rasanya. OK je pada aku. Bekam migrain kena buat dekat kepala. So dia cukur sikit rambut aku utk letak 1 cup. Lepas buat bekam, ringan betul rasa kepala dan badan. Ada lah rasa sengal sket badan sehari dua. Tapi tak menggangu sangat pun. Bekas bekam tu dah 4 hari masih ada kat belakang badan. Naurah tengok ketakutan kehkehh. Dia tanya ' eee..apa tu belakang badan ibu? kesiannyaaaa.... '. Yelah pasal merah-merah kan kat badan ikut cup bekam tu. Pulak kulit cerah memang obvious sgt la nampaknya. Kak Ya pun nampak hari tu. Dia kata ritu dia buat kat JB takdelah bekas gitu sekali kehkohh =P

Aku plan nak pergi berbekam once in 2 months. Lepas ni target nak buat pd tgh bulan Islam sbb lagi afdhal waktu tu membuatnya. Bestnya bila rasa sihat. Alhamdulillah =) Usaha, doa & tawakkal.

Maybe lepas ni habi pun boleh buat bekam. Dia tu ada resdung.

Berbelak sekali bedak kat muka. Malam buta main mekap Cik Ya hahaha

Mihmihhhh

Makin membesar dah anak aku. Cepatnya lahai.....





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…