Pengasuh Jahat

Hari ni aku kerja half day je. Pukul 12.30 nanti dah boleh chow sin. Naurah ke kindy mcm biasa. Nazif pun taska as usual. Habi je tak keje seharian. Aku suruh dia pos dokumen insurans Nazif pada ejen & buat mykid Nazif sekali. Dia nak kemas rumah & pack beg sebab lepas aku balik & dia settle solat Jumaat, kami ambil budak-budak menuju ke KL. Ada apa kat KL sampai beriya benar ambil cuti ni? Kehkehh. Rahsia. Isnin sok aku cerita. InsyaAllah.

Musim budak kat taska kena dera dengan pengasuh datang kembali. Ahh...paling tak sukanya bila musim ni datang. Asyik teringat kat anak-anak macam manalah diorang dilayan kat sana. Naurah dah besar. So risaunya kurang sikit drp ke Nazif. Apa-apa tak best Naurah dah boleh cerita kat aku & habi. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi dia cerita benda tak best kat kindy & day care dia tu. Setakat cerita pasal kawan ni pijak kaki, tolak dia bila bermain, biasalah tu. Nama pun budak-budak. 

Orang kata kalau anak orang buat kat kita, kadang anak kita pun ada jugak buat ke orang. Kita mana tau? Ada ke anak kita nak cerita dia buat benda salah? Agak susah kot hehe. Walau aku tau keperibadian Naurah yang memang jenis soft & tak melawan..takpelah. Biar dia belajar cara bersosial dengan orang lain. Kalau protective sangat, otak anak pun tak berkembang. The world can be cruel sometimes. You just have to face it bravely ok Naurah!

Pada aku asal anak kita takde cedera yg sampai kena bawa ke klinik/hospital, consider OK dah la. Kena gigit, kena cubit, kena tolak....normal lah. Cuba ingat balik kita masa kecil macam mana bila main dengan kwn2. Chill out mommies :)

Bila Naurah mengadu apa-apa kat aku, aku cuba jadi neutral. Kalau apa dia cerita tu nampak mcm dia yg salah, aku akan kata dia salah. Aku tak sentiasa menangkan dia dalam apa jua keadaan. Tak pun aku bagi idea mcm mana dia kena deal situasi tu. Eceh...macam anak aku dah besar sangat gayanya. Kahkahhh

Nasib awak lah dapat ibu hati kering gini. Contoh situasi adalah begini. Naurah mengadu kawan dia Rafiq tolak dia masa bermain. Aku tanya kenapa dia tolak kakak? Dia kata sebab tak bagi mainan. So aku ckp kakak kenalah kongsi mainan tu. Kena share. Lepas kakak main, bagi lah kat dia. Nanti lepas dia main, dia bagi la kakak balik. Masa anak kecil ginilah sbnrnya byk yg kita ajar, dia akan ingat & praktik sampai dah besar nti. Masa yg masih belum pandai memberontak & melawan kata. Kalau dah remaja sok lain pulak ceritanya. Serammmmm

Boleh je aku kata, kakak tolak je dia balik. Dgn alasan mempertahankan diri. Entahlah. I don't think that's the right way to teach my children. Kekerasan tak selalunya perlu dibalas dengan kekerasan. Kalau boleh berunding scr baik, kita runding dulu. As a parents kita kena fikir banyak sblm ajar anak kita sst perkara. Kena tenang & cari jalan damai. Jgn kondem dia, jgn kondem org yg buat salah pd dia, find the best solution. Biar win-win situation.

Nazif pulak belum pandai cakap. Tapi nengok ke dia, totally tak sama mcm Naurah. Ini jenis lepuk orang if dia tak dapat barang yg dia nak, bukan menangis & back out. Agaknya aku yg kena minta maaf banyak-banyak pd parents lain sbb anak aku asyik buat anak orang. 2 situasi anak yang berlainan. Siapa kata senang jadi parents? Wuhuhu =P


Berharap sangat Nazif pun OK je dengan pengasuh semua. Setakat ni bila hantar ke taska, Nazif tak pernah lagi menangis melainkan if pengasuh baru yg sambut dia. Dia ni memang jenis attached pd org yg dia dah biasa nampak je. If muka lain sikit, ambil masa nak menang hati dia. Ambil dia kat rumah owner taska setiap petang pun kemain happy dapat perhatian drp his feveret Ibu Midah. Muka ceria aje ada senyum bila nampak aku dh dtg. Takde apa yg perlu dirisaukan lagilah setakat ni.

Harap owner taska pantau lah selalu apa pengasuh buat pd budak-budak. Jgn la sampai budak-budak diikat kaki tgn sbb dikatakan nakal. Jangan lah sumbat makanan pd budak-budak mcm budak tu orang besar. Jangan lah di perlakukan budak dengan kasar sampai mereka trauma. Tolonglah yer. Ada cara nak handle bdk-bdk, bkn hanya blh berjaya dengan kekerasan. Have a heart. Bukan senang para ibu mengandung 9 bln & melahirkan yer.

Syukur pd Allah yg menjumpakan aku dengan taska & kindy yg bagus utk anak-anak. Kesian if dengar kawan-kawan cerita taska anak deme begitu begini yg tak syok didengar. Asyik bertukar taska sampai anak pun jd stressed. Aku cuma boleh doakan je moga bertemu dengan tempat yg elok. InsyaAllah. Amin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat