Masak Breakfast Setiap Hari

Minggu lepas dapat lah 2 hari buat breakfast. Minggu ni termasuk hari ni belum miss lagi masak pagi utk breakfast diri sendiri, habi & anak-anak. Bravo Sharena! ^_^ Itu lah orang kata, nak 1000 daya taknak 1000 dalih. Sebelum ni aku bangun 6.30pagi baru hegeh-hegeh nak solat. Now bangun cepat sikit je pun pukul 6.15am. Lepas solat je turun bawah masuk dapur ketung ketang sambil masak air utk mandi Naurah by 7.00am dah siap masuk 4 bekas bekal & dah boleh mandikan Naurah pulak.

Tak lari dari jadual asal banyak sangat pun. Terlewat sikit kadang sebab habi hegeh-hegeh nak sidai baju atau sapu rumah. Haihh...nak tegah kang kata poyo sangat. Redha ajelah even hati manyiak panas. Hahaha. Kita ni siap boleh masak lagi, siapkan anak, layan si kenit yg nak berkepit & masih cepat. Dia cuma lah uruskan hal dia je kot. Gosok baju dengan aman, nyapu dengan aman, mandi dengan aman. Takde nak kocoh kacah mcm kita ni. Still....haihhhh. Dengki tau, dengki!!! Ini tidak adil. Hohohoho

Punyalah kita ni kelam kabut settle itu ini. Last-last baby besar yang buat hal. Mau tak sakit hati kite kan? Balik rumah nak makan pun aku tak tenang pasal Nazif asyik kacau. Jarang sangat dapat makan dengan aman sambil tengok TV. Mesti berperang dengan si kenit tu. Yg lagi sorang tu syok je naik bilik mandi 15 minit dengan aman.Turn dia makan kita jaga anak. Pun dia masih aman. 

Waktu maghrib adalah pendek. Lepas makan, kita nak solat pulak. Pun masih dengan anak-anak. Dengan Nazif nya duduk tengah sejadah. Mane nak khusyuk dalam solat gitu kan. Orang kat atas syok je buat hal dia dengan aman. Aii panasnya hati kite bile ingat-ingat taw. Tu belum masuk bab kita nak masak pun anak bagi kt kite. Dia syok lagi buat hal dia dengan aman. Arghhh....sangat tidak adil.

Adakah memang tugas ibu aje nak kena handle anak-anak sambil buat kerja rumah? Kenapa suami tak boleh multi tasking macam kite eyh? Adakah ini petanda bahawa para ibu sememangnya hebat? Hohoho

Tak harap pun gelaran hebat tu. Yang aku harapkan, habi sama-sama buat tugas rumah dia sambil jaga anak-anak mcm aku. Tapi itulah....orang kata syukur sangat dah kot suami sama-sama bantu buat kerja rumah drp dok mengangkang je layan henfon. Jadinya aku masih bersabar hingga ke hari ini. Taknak lah demand lebih sangat. Hadap ajelah anak-anak yg nak perhatian ibu LEBIH drp nakkan perhatian ayahnya.

Apelah yang best sangat ibu bekeng mcm aku ni. Habi tu 10x lebih lembut kot layan anak-anak drp aku. Still.....ibuuuuuu jugak yang the best. Bersyukur lah Sharena....huhu.


Nasib lah kakak pandai bawak diri. Yg kenit tu alahai....melekat mcm gam ^_^"

Oh yer. Bila dah rajin buat breakfast, lunch aku skip sebab kenyang makan banyak mcm gajoh. Ate orang kata kan " breakfast like a king ". Hasilnya lunch hour tak lapor mane pun. So boleh lah guna waktu rehat tu berlama-lamaan sikit kat surau buat apa yang patut.

Tapi bila tiba petang agak bahaya sbb sepatutnya malam orang kata " dinner like a pauper " kan? Tapi sbb lunch dah skip, nafsu makan mcm gajoh semula. Hahaha. Aptb. Sedang cuba psiko diri utk mengatakan " anda tidak lapar, anda sebenarnya sedang haus ". Ini aku dapat tips dari adik bongsu si Hirraz tu. Kelakar tapi cuba jelah. Mane tau berjaya psiko diri sendiri kan? Kahkahhh











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat