Nasib Yang Kurang Baik

Alahai...apelah nasib pagi ni terlewat juga lagi. Nak keluar rumah Naurah pulak buat hal menangis. Apaknya yg handle memang la lemah gemalai melayan peel anak sampai ambil masa 5 minit. Panas hati kite duduk dalam kereta dengan Nazif melihatnya even aircond di buka dengan derasnya. Ada saje yang tak kena.

Sebelum keluar rumah ingat nak minum segelas susu segar yang habi beli khas utk aku. 1 liter susu yang masih belum dibuka lansung. Kemain lagi bersemangat nak lapik perut lah kununnya sebelum proper breakfast kat office kan. Tuang segelas dalam cawan, teguk aje dah rasa masam. Tengok expiry date 7.11.2014. Esok punya date tapi dah basi. Memang bukan rezeki aku T_T

Dekat nak sampai Cyberjaya ada pulak accident. Dah kereta jadi perlahan. Kalau terus je tadi memang sempat sampai sebelum punch card merah. Tak bernasib baik lagi lah kite. Sampai office buka pintu belakang tengok handbag yillek pochik. Yang ada cuma bekal mee goreng yang dimasak pagi tadi je. Siapa yang mengangkut beg dalam kereta pagi tadi? Yang pastinya bukan aku. Lu pk lah sendiri!

Allahu. Nak cakap apa lagi? Nak marah pun tak guna. Ambil ajelah bekal mee tu masuk office & makan kenyang-kenyang. Dengan duit 1 sen pun tak ada. Dengan henfon pun dalam beg. What more can I say about my luck today. Just forget about it and move on with the rest of the day. Berharap lepas ni semuanya menjadi lebih baik. Amin.

Semalam ada technician Coway call nak datang service penapis air tu lah. Aku request dia datang hari Sabtu lah pasal hari bekerja kami sampai rumah pun pukul 7ptg. Mana nak sempat kan? Dia kata nanti dia confirmkan semula. Kalau hari ni dia call, memang masuk voice mail ajelah pasal kat rumah tu mana ada line telefon kecuali line telefon rumah Telekom. Harapnya esok dia rajin call balik bagitau jadi ke tidak nak datangnya.

Ketumbit kat mata ni belum baik lagi. Ini dah hari ke-4 mata bengkak sebelah. Kemain rajin aku menuam dengan air suam if dekat opis ni. Kalau kat rumah aptb. Rasa mcm dah surut sikit & sakitnya pun dah kurang. Harapnya cepat lah baik. Kiffarah dari Allah ni. Moga terhapus banyak dosa kecil aku.


Saje bagi gambar senget utk menunjukkan kesengetan hati aku hari ni. Haha. Sejak bersalinkan Nazif, jerawat batu kat dagu selalu aje naik. Dah setahun lebih usia Nazif, masalah ni masih tak dapat di selesaikan. Dulu masa lepas bersalinkan Naurah macam ni jugak. Lamaaaaa kemudian barulah hilang. Redha ajelah. Pakai produk apa pun masih belum jumpa yg serasi. Adakah ini hint supaya pakai purdah? Hmm....

Boleh ke pakai purdah sebab niat nak tutup muka buruk?









Popular Posts