Nyah Kau Hutang PTPTN!

Amboi kemain lagi tajuk entry ekekeke. Moga Allah permudah la proses nak menyahkan satu-satunya hutang long term dalam hidup aku sekarang ni. By the time I'm writing here, semua dokumen yang EPF perlukan utk pembiayaan pinjaman pendidikan secara full settlement menerusi akaun 2 dah pun aku berjaya kumpulkan kecuali surat baki pinjaman keseluruhan yang perlu di bayar dari PTPTN. Itu je yang aku tengah tunggu sekarang ni.

Harapnya by next week lah paling lewat dah boleh dapat. After that boleh lah ke pejabat EPF submit borang & hopefully semuanya lengkap dan dapat di proses secepat mungkin. For those yang tak tahu, PTPTN bagi diskaun 20% daripada baki akhir pinjaman yg kita ada dari Oktober lepas sampai Mac 2015 nanti. Jom lah kita grab peluang yang ada & bebaskan diri drp hutang dengan cepat.

Kalau mati pun at least tak menyusahkan orang lain nak membayar hutang kita. Aku fikir macam tu ajelah secara kasarnya hehe.

Hari tu pergi ke One Stop Center PTPTN kat KPM Putrajaya dengan habi. Aku soh habi check sekali balance hutang dia ada berapa. Sakit hati kite bile tengok penyata dia hutangnya tinggal RM5k T_T Dengki sangat rasanya haha. Habi pun decided tak perlu la guna EPF Akaun 2, dia keluar je saving dia kat ASB tu. Tiap bulan dah jimat RM250 yang di potong by LHDN dari slip gaji. RM250 pun sangat bermakna taw utk tambahan perbelanjaan bulanan keluarga kami ni. Lagi pulak mengenangkan tahun depan GST dah dilaksanakan.

Aku pula if pengeluaran EPF Akaun 2 ni berjaya, akan ada lebihan gaji RM150. Belanja utk keluarga dah meningkat RM400. Allahu....bagi sesetengah orang amaun tu celah gigi je. Tapi bagi kami, ianya rezeki yang sangat di syukuri. Banyak yang boleh kami buat dengan lebihan RM400 tu. Alhamdulillah.

Selagi boleh usaha nak cut hutang long term, kita usahakanlah. InsyaAllah kalau berjaya usaha kami ni, aku dah bebas hutang long term & habi tinggal nak bayar installment kereta Almera je setiap bulan. Lagi 5 tahun lagi ada sebelum dia pun bebas hutang long term. Bersabar yer habi. Hehehe. Kat sini aku menang pulak hohoho =P Lepas habis bayar kereta, insurans family yg aku tanggung sorang skrg boleh lah bahagi dua. Leganya lahai.

Aii menang tak menang sangat la sebenarnya kan. Komitmen bulanan utk hidup masih lagi sama. Aku dengan personal insurans family & bil Astro. Habi dengan bil api, bil air, bil telefon. Mana boleh nak lari dari semua tu kan? Yang ini memang selagi hidup memang kena bayar. Tak boleh nak lari kemana sangat.

Kami ni kira untung jugaklah jenis tak suka menambah hutang long term. Orang kata hidup kita ni kalau nak selesa tak boleh lari drp berhutang. Cth hutang kereta & hutang rumah ajelah senang. Ko mampu beli kereta & rumah segebuk duit gitu? Memang mustahil lah utk aku & habi yang makan gaji gini. Kerjaya pun biasa-biasa je dedua.

Tapi itulah....Allah tu Maha Pengasih & Penyayang. Even gaji kecik, Allah bagi kesenangan dari segi yang lain pd kami. Banyak keselesaan kami datangnya dari orang-orang sekeliling kami yang sangat lah baik hati semuanya. Ibu bapa kami, adik beradik kami....semuanya baik belaker. Tak kedekut wang ringgit lansung kalau dengan kami sekeluarga. Tu pasal nampak mcm kami ni senang aje gayanya. Hakikatnya kesenangan tu bukan rezeki Allah utk kami secara lansung. Tapi rezeki Allah pd orang yg berdekatan dengan kami & mereka pula suka berkongsi rezeki yg ada pada kami.

Subhanallah. Nikmat Allah yang manakah mahu kami dustakan.

Satu demi satu Allah tunjukkan kami jalan utk perbaiki kehidupan kami. Kuncinya ialah SABAR. Perlahan-lahan akan datang kemudahan dari Allah. Ya, memang Allah tak bagi kami rezeki gaji yang banyak dari segi kerjaya. Tapi Dia memberikan kami rezeki yang banyak dalam pelbagai bentuk. Memang senang utk kita rasa tak puas hati dengan apa yang kita ada dalam hidup ni. Tapi kalau kita mahu berfikir dengan lebih luas, insyaAllah akan nampak segala nikmat yg Dia berikan dalam kita tak sedar.

Kadang aku nampak ada orang yang Allah berikan nikmat jawatan yang besar & gaji yg lumayan. Tapi hati dia sentiasa rasa tak cukup dengan apa yg dia ada. Sentiasa rasa takut utk berhenti kerja & hidup hanya dengan wang yang dah banyak di kumpulnya. Tak ada rasa kebercukupan. Rasa tak secure. In a way aku rasa kesian tengok orang yang macam tu. Allah dah bagi Dia rezeki yang banyak dari segi harta tapi hati dia macam tak tenang.

Sedangkan aku, dengan saving yg alahai sentiasa mencari peluang utk duduk di rumah menguruskan sendiri kehidupan anak-anak kerana aku percaya tugas utama seorang ibu tentunya menguruskan rumah tangga & anak-anak. Kalau tak kerana tuntutan kos kehidupan yang mencekik, aku pun lebih suka jadi house wife aje. Rasanya lebih banyak pahala dapat kot. Nak buat amal ibadah pun senang tak terkejar masa macam kt office.

So I realized mesti ada sebab Allah tak bagi aku jawatan & gaji yang besar. Mungkin kalau aku ada 2 benda tu, aku akan jadi spt orang yang aku lihat tu. Pokok pangkalnya adalah cara kita melihat sst perkara secara positif. Allah tak pernah jadikan manusia dengan niat nak menganiayai kita. Tapi Dia nak didik kita dengan apa yg Dia dah takdirkan utk diri kita dengan rasa bersyukur dgn apa yg kita ada & selalu bersangka baik.

Its hard but its not impossible to think that way.

Tidak pernah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.


Surah al-Imran maksudnya :-

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Jika diberikan pilihan, aku pilih kehidupan yang sekarang. Inilah yang terbaik Allah dah rancangkan utk aku. Aku redha. Moga Allah sentiasa tunjukkan aku jalan yang benar & lurus. Jalan orang-orang yang Dia redhai bukan murkai. Amin.

Rindunya Masjidil Haram. Moga Allah jemput lagi dengan anak-anak sama.














Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat