EPF Menyusahkan Aku!

Nasib masih tak menyebelahi. EPF taknak terima copy agreement PTPTN yang Ujrah. Mahu yang dedulu punya jugak yang first kita sign agreement tu. 3 kali ke EPF weyh. Mau aku tak mengalir air mata kat pintu utama EPF tu. Tak menyempat sampai ke kereta dah berjujuran air mata aku. Habi senyap je tengok. Aku dah tak malu dah masa tu. Lantak la orang nak nampak pun. Tak boleh tahan lagi dah T_T

If so, bagitau lah sesiap dalam website agreement Ujrah tak diterima. Masa yang sampai first time ke EPF pun ada orang deme semak, tak perasan pulak agreement aku tu Ujrah. If dia perasan and kabo sesiap takdelah aku ke EPF buat kali kedua & ketiga tu. Of course la aku dapatkan dulu copy agreement lama kan? Ini dah buang minyak kereta, buang masa aku & habi. Haihh..segalanya lah. Mau aku tak menangis dan-dan tu jugak.

Nasiblah aku ni bukan jenis maki orang. Cuma aku ckp jugaklah dah 3 kali saya pergi EPF tak settle settle lagi urusan saya ni. Kejam sangat lah rules EPF ni. Strict tak bertempat. Apa bezanya agreement lama & Ujrah? Yang penting penyata baki pinjaman dah ada, apa nak kisah sangat dgn agreement lama? Lansung takde budi bicara. Sakit hati kite taw! Duit EPF tu aku yang punya taw!!! Tak payah lah nak menyusahkan orang sangat! Dah la tak cekap. Maklumat kurang tepat & lengkap.

Sila tulis sesiap sana kat website agreement Ujrah TIDAK DITERIMA!!! Jangan nak menyusahkan orang lain lagi paham???

Sebbaek lah habi takde nak marah-marah ke ape. Kesian gaknye tengok bini menangis. Bukan selalu terjadi pun. Nampak sangat dah tersangat stress aku kan? Even dia tak pujuk, diam je pun dah memadai drp kena bebel. Biarlah aku pujuk hati sendiri...ewahh =P

Rasa dah separuh hati je buat benda ni. Ikotkan hati maroh memang malas nak buat dah. Tapi demi ekonomi keluarga yang taktau gane gaya tahun depan ni, aku gigihkan jugaklah. Now nak dapatkan copy agreement lama kena bayar RM90 pada PTPTN. Yang copy aku entah kemana hutan perginya. 13 years back punya agreement kot. Aku ddk pn dah berpindah randah dr Bdr Permaisuri, Serdang, Putrajaya sampai lah ke BBST skrg ni. Mane nak jumpa?


Sebbak ade anak-anak pengubat jiwa lara huhu




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat