Nasi Lemak Kasih Sayang



Kemain nama menu ekekeke. Amacam? Nampak menggiurkan tak? Pagi Ahad kemain lagi semangat nak buat breakfast lain drp yg selalunya. Weekdays boleh kata asyik la bergelumang dengan mee, bihun & macaroni. Jarang sangat masak selain drp mee-mee. So bila weekend datang, dapat lah masak menu lain sikit pasal tak kejar masa.

Naurah & Nazif memang lebih gemarkan nasi drp segala jenis mee. Tapi nak buat macam mana kan. Pagi tak boleh nak masak yang rumit sangat pasal nak kena siapkan anak-anak ke sekolah & siapkan diri lagi utk bekerja. So pilih menu yang cepat ajelah. Kadang dah tak sempat sangat goreng naget pun boley. Sekali sekala. Menu emergency namanya hehe. Yang penting perut anak-anak berisi. Memang semua jenis perut cepat lapar waktu pagi. Kenalah ubah time schedule demi semua orang.

Sotong kering tu di rendam semalaman supaya garamnya dpt ditawarkan. Kalau tak rendam lama, kang aku tak boleh makan pulak. Naik darah tinggi huhu. Ingatkan bila dah rendam lama, lembut lah sotongnya. Rupanya bila masak pun kena lama jugak dgn kuahnya. Sbb masak tak berapa lama, sotong jadi liat skek lah. Sebbaek masih boleh dimakan. Belasah jelah ye habi =P

Ikan bilis baby tu beli kat Pulau Pangkor bulan lepas. 250gram je belinya pasal quite pricey. Sesuai lah di goreng utk nasi lemak macam tu. Kalau nak buat perencah agak sayang hehe. Bilis paling halus & paling sedap. Padan la mahal. Nasi lemak tu cuma diperasakan dgn sedikit garam & daun pandan. Semerbak baunya 1 rumah.

Menu breakfast membawa ke lunch. Ptgnya lepas balik beli groceries baru masak Asam Pedas Ikan Kembung & Buncis Tumis Air Bertelur. Kemain berselera semua orang makan. I'm a happy wife & mommy to witnessed that =D







Popular Posts