Kejutkanlah

Sampai dah penghujung hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Januari. Ya Allah, tak tahu nak kata mcm mana dah selain drp hati ni mengingati tentang akhir zaman & hari Kiamat. Hari demi hari berlalu begitu saja. Terlalu pantas sampai rasa takde buat apa. Serasa baru je melahirkan Nazif & budak tu dah pun setahun setengah umurnya.

Bila fikir tentang masa, aku rasa takut. Takut dalam masa yang terlalu pantas tu dilalaikan lagi dengan perkara duniawi tak beringat tentang ukhrawi. Dalam masa yang terlalu singkat ni, banyak yang hendak diperbuat. Sejak Naurah masuk kindy, malam semakin sibuk dengan ulangkaji bacaan rumi & iqra' nya. Sambil-sambil melayan karenah di bongsu. Mandi, solat.Tahu-tahu sudah pukul 10malam & sudah mahu masuk tidur.

Tidurnya nyenyak sampai pukul 6pagi. Mungkin kerana keletihan. Tahajjud entah kemana. Bangun, solat & buat sarapan utk 1 keluarga sebagai bekalan ke tempat tujuan masing-masing. 

Betul. Yang aku ada masa agak lapang cuma kat office. Bolehlah curi masa untuk solat sunat & membaca al Quran. Waktu rehat pun memang dah tak lunch. So boleh jugak buat apa yang patut. Kat rumah memang tak sempat apa.

Dalam masa 5 tahun berkahwin ni banyak jugak perubahan yang terpaksa dibuat. Aku risau kesibukkan tu membuatkan aku makin lalai tentang bekalan akhirat. Sangat risau. Harap Allah bagi kekuatan utk aku bangun berjumpa-Nya di sepertiga malam. Tak boleh jadi ni. Semangat, sila lah datang!!!! Wahai malaikat, kejutkanlah aku.

Macam mana nak tambah anak kecil lagi macam ni? Yang ada pun dah haywire.....

Hari tu habi dah tegur kenapa lama dah tak mengaji kat rumah? Aku cakap la aku tak sempat (??T_T) kat rumah, buat kat office je. Ahh..sebenarnya aku rasa bersalah cakap tak sempat tu. Tak sempat utk Allah yang menciptakan aku. Apekah????

Dan rumah itu serasakan tiada cahaya yang bersinar boleh dinampaki dari atas langit. Ianya gelap & malap. Rumah itu tiada istimewanya lagi. Ya Allah, berikanlah aku jalan. Allahuma amin.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat