Persembahan Kindy Naurah

Sabtu lepas tak tamat lagi Parenting Talk kami anak beranak dah chow sin. Bangun lewat, sampai sana pun lewat pastu balik awal. Ape nak jadi lah hahahaha. Maklom lah dah ada 4 jenis perangai manusia yang perlu di handle satu per satu. Kejap yang itu buat hal, kejap yang ini pulak. Nak capai 1 tujuan tu bukan senang tahu!

Tepat kami sampai je kawan-kawan Naurah rupanya tengah naik pentas nak buat persembahan. Naurah pun terus je naik tak sempat nak warm up bagai. Kalau terlepas buat performance tu mesti sedih itu budak. Syukurlah just at the neck of time.

Comel je budak-budak buat persembahan. Menyanyi sambil buat gaya yang teachers dah ajar. Since Naurah cuma dapat berlatih 2 hari minggu lepas, dia banyak tengok kawan yang lain buat gaya apa jelah. At least ada lah jugak pergerakan drp dia. Ada yang membatu je naik atas tu kihkihhh. Ada yang taknak naik pentas lansung. Ada yang free style  buat aksi sendiri. Hahaha. Sangat kelakar okay. Sempat la rakam sikit deme nyanyi tu semua. Sayang pulak Naurah tak nampak pasal head light tepat kat tempat dia berdiri. So jadi terlalu terang x nampak pulak muka.

Nazif as usual memang susah nak duduk diam setempat. Bising aje mulut pastu ajak kesana sini. Nasib baiklah ramai yang bawak anak-anak so riuh rendah jelah dewan tu suara budak-budak. Penceramah pun tak kisah. Dapat la jugak ilmu even tak dapat istiqomah duduk dalam dewan pasal melayan peel anak-anak. Bila Naurah komplen dah lapar pasal dah pukul 11am cuma makan kuih memasing yang dibekalkan oleh pihak kindy, aku pun ajak lah semuanya chow sin. Kesian kot budak-budak lapar. Mak ayah pun muka dah kerut ekekeke =P

Lepas makan kami ke IOI City Putrajaya. Tujuan utama nak cari present utk Kak Ya. Akhirnya beli sling bag Carlo Rino ke dia. Hope she likes it. Pure leather RM200+. Telan ailio je bayo. Gulp. Aku beli sandal Scholl baru. Yang lama tu dah koyak tepi & tapak pun mcm dah senget. Lenjan sandal tu dekat setahun kot. Outing pakai itu, ke office pun pakai tu. For RM188 shoe pada aku Scholl memang berbaloi. This time I'm back wearing Massage instead of Memory Cushion before this. Murah sikit cuma RM168. Harap bertahan utk setahun lagi macam kawan lama dia =P

Aku memang jenis macam tu. Beli 1 benda yang mahal utk pakai lama. Bukan jenis suka tukar-tukar sebab nak kenan pada 1 tu aku sangat cerewet. Pada aku biar mahal tapi pakai lama. Aku tak kisah bab tak ikot fesyen. Aku bukan senang nak suka pada sesuatu benda. Tapi bila dah suka, pakai sampai tamat riwayatnya.

Macam memilih boyfriend jugak. Umur 23 baru first time bercinta. Ingat dia lah calon suami, malangnya bukan. Putus cinta umur 26. Jumpa boyfren baru umur 26 & kahwin umur 26 jugak. Rupanya boyfren kedua jodohnya. Nak suka orang susah, bila dah suka jenis setia pada yang 1. Tu sedih gila bila boyfren 1st dah tak suka kat aku pasal dah suka kat orang lain. See, bukan aku yang putuskan hubungan tapi the other side. Betapa setia tu kan. 

Nasib baiklah bukan jodoh dengan dia. Allah dah bagi jodoh yang paling baik utk aku. Habi yang 1 dalam sejuta. Even rupa tak hemsem mana, tapi perangai memang daebak! Ramai kot isteri yang suka if dapat suami macam dia. Maaflah, dia dah jadi milik aku skrg hehehe =P Poyo sangat ayat ko!!!

Sebab dah melalut banyak sangat, stop sini jelah.



Naurah kat bahagian yg cerah sangat tu


Kejap je mcm ni...haihh

Mata misteri






 


Popular Posts