Selangkah Lagi

Segala puji bagi Allah. Aku happy sangat hari ni sampai tak boleh nak tunggu esok utk tulis kat sini. Usaha aku untuk bebas dari hutang sepenuhnya pada usia 32 tahun dah selangkah ke hadapan lagi. Pagi tadi aku dapat call drp pihak PTPTN suruh isi 2 borang. 

1. Surat Pembatalan Potongan Gaji kepada majikan
2. Surat Tuntutan Lebihan Bayaran kepada pihak PTPTN

Semua borang boleh ambil kat laman web rasmi PTPTN saje. Dengan pantas aku pun isi borang & emelkan semula kepada pegawai yang request tadi. Beberapa jam kemudian dia call bagitau dah dapat & suruh aku bagi pada HR surat dari pihak PTPTN tentang kebenaran menamatkan potongan gaji bulanan aku.

Aku pun emel pada HR & diorang kata untuk bulan ni payslip dah hantar kat bank. So pembatalan adalah berkuatkuasa Februari 2015. Dapat emel ni pun rasa happy sangat. Melonjak-lonjak hati kite masa baca tu hehehe =P

Bagi sesetengah orang apalah sangat kan tentang apa yang aku share ni. Tapi bagi aku yang kerja biasa-biasa ni bila rasa dah takde hutang long term yang terpikul di bahu ni happy dia tu tersangatlah tak terungkap. Memanglah aku ni tak banyak harta. Yang ada cuma kereta Kelisa comel tu je. Tapi dada aku rasa lapang selapang lapangnya tentang hal duit ni. Nikmat Allah yang tidak terkata pada aku.

Syukurlah pasal rumah pun aku tak runsing. Ada rumah mil buat kami sekeluarga kecil menumpang pun dah cukup bersyukur. Tak fikir lagi buatnya kena halau dari duduk kat situ huhuhu. Yakin rezeki Allah pada setiap hambaNya dah tertulis kan? Kalaupun itu berlaku di masa hadapan, pasti ada jalannya untuk kami. InsyaAllah ;)

Kalau nak hidup lebih selesa, maybe boleh renovate rumah dengan buat personal loan. Ada jugak aku terfikir. Tapi sebab dapat suami pun jenis tak suka berhutang, jadi impian tu tidaklah menggesa aku sangat. Bila fikir akan berhutang lagi, rasa macam beratnya hati. Maybe itu petanda yang ia tidak perlu.

Tak sabar nak share sini pulak tentang semuanya dah selesai. Now tunggu refund 20% diskaun daripada PTPTN drp pembayaran keseluruhan baki pinjaman. Pegawai tu kata tadi selepas 2 minggu InsyaAllah dapat. Dia refund terus masuk dalam akaun bank yg aku provide hari tu je. Duit tu aku plan nak simpan dalam Tabung Haji je. Kalau tak dibuat macam tu, sekelip mata pun boleh habis kalau dapat kat aku huhu =P








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat