Alkisah Suatu Masa Dahulu

Otak aku ni daya ingatan memang tak berapa kuat kot. Kisah-kisah yang lama banyak yang aku dah tak ingat. Contoh macam kisah putus tunang dulu. Aku ingat betapa sedihnya aku masa tu sampai nak makan pun tak lalu. Sedih yang sesedihnya la senang cakap. Almaklumla cinta pertama kan. Bila dah jumpa orang lain yang dia rasa lagi molek peel drp aku, dia tinggalkan aku terkontang kanting gitu.

Masa tu sedih & malu pasal dah bertunang. Kalau belum tu sokay lagi kot. Ini perkara dah melibatkan 2 buah family kan. Tapi dia tekad dah taknak kat aku. So nak kata apa? Kalau dia tak tekad, mesti kitorang kahwin which is kalau fikir skrg euwwww....tak hingin aku kahwin dengan dia! Takkan sebaik suami aku yang sekarang punya. Bwahahaha =P

Yelah kalau aku compare sepanjang aku kawan dengan ex tu almost 4 years, memang lah suami aku skrg ni jauhhhhhh lagi baik dari dia. Habi aku kan rajin buat kerja rumah. Ex tu seingat aku jenis typical Malay man. Kerja rumah adlh tugas isteri gitu. Haktuiiihh lahh hahaha. Makan hati aku kalau kahwin dengan dia. Aku dah la bukannya rajin sangat =P

Itulah orang kata jodoh yg Allah dah bagi pada kita nilah yang sebaiknya ork? Pandai kitalah guane nak handle perangan pasangan masing-masing tu. Tapi kena yakin yg pasangan tulah yang terbaik utk kita. Kalau kita rasa pasangan byk kurang sana sini, lihatlah diri sendiri jugak. Mesti byk kurang sana sini sama. So kena tolak ansur lah jangan ingat sangat sisi negatif pasangan tu. Kenangkan kebaikkan diri dia aje. Dgn cara tu rumah tangga kita InsyaAllah akan dapat bertahan lama.

Semua perkara kena ada usaha. Nak hidup bahagia bukan boleh dapat dengan asyik menyalahkan itu ini. Kena ada sabar & cekal.

Kalau pasangan kita tu teruk sangat contoh mcm kaki judi ke, kaki pukul ke....jangan salahkan Allah pulak. Anggaplah itu ujian drp Dia untuk kita jadi lebih kuat menjalani kehidupan di masa depan. Sentiasalah cari hikmah yang tersembunyi di setiap ketentuan hidup kita. InsyaAllah hidup kita akan rasa lebih tenang =)

Dulu masa aku putus tunang rasa mcm tak boleh nak hidup lagi dah kat dunia ni. Bodohnya lahai kan sampai rasa mcm tu? Nasib baiklah ade iman senipis kulit bawang lagi di dalam dada. Sabar & bersabar dan akhirnya Allah munculkan pun matahari. Itulah dia Mohd Izhar. Suami aku skrg hehehe. Nak dapat yang terbaik tu kena ada ujian dulu lah. Baru lah kita lebih menghargai apa yg kita ada kan?

Ahh..sekali sekala memang seronok mengimbas balik kenangan lama. Terutamanya part ujian yang susah tu. Tak sangka akhirnya dapat pun lalui masa-masa sukar tu. Tak mati pun sebab susah =) Ia menjadikan aku pada hari ini. Dgn harapan jadi wanita yang lebih sabar & tabah berbanding dahulu. Dengan izin Allah, semua susah payah boleh diharungi. Sentiasa ingat Allah tak pernah menduga kita lebih dari kemampuan.

Aku fikir ujian yang susah tu terjadi sebab kita nak pilih jalan yang salah drp jalan yang benar. Jadi Allah tuntun kita balik menuju ke jalan-Nya yang benar. Jalan kebahagiaan yang berada di penghujungnya. I love to think it that way.

Kesusahan itu kita juga yang mengundangnya. Ia takkan datang tanpa diundang. Kita yang dah salah buat pilihan tapi kita sendiri tak tahu. Allah saja yang Maha Tahu lagi Maha Pengasih & Penyayang.

Jadi jangan sedih sangat kalau ada ujian yang sukar. Itu tandanya Allah masih sayang pada kita sebab Dia nak bawa kita balik ke jalan kebenaran. Itulah yang kita doa & minta pada Dia dalam setiap solat di Surah Al-Fatihah.

" Tunjukkan aku jalan yang benar, jalan-jalan orang yang Engkau redhai bukan jalan-jalan orang yang Engkau murkai ".

Ya Allah, moga nyawaku diambil ketika berada di jalan kebahagiaan di dunia juga di akhirat ya Allah. Jauhkan aku dari azab kubur & azab api neraka Mu di alam yang lain nanti. Kumpulkanlah aku bersama orang-orang yang baik di Syurga Mu kelak.

Amin ya rabbal alamin.







Gedik tak? Hahahaha. I love u habi.











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat