Birthday Party Blogger Jr - First Edition















Ahad lepas bersamaan 8 Feb 2015, kami semua buat event pertama meraikan anak-anak sekalian yang lahir dari bulan Jan hingga April. Bayaran utk anak-anak yang sambut birthday cuma RM20 & RM15 utk yg tak sambut. Ia untuk menampung kos kek & menu utama iaitu Nasi Ayam. Makanan yang lain berdasarkan potluck. Banyak sangat makanan tak terhabis tapi semuanya di bungkus & dibawa balik ke rumah masing-masing. Tiada pembaziran lansung yer.

Puas & seronok. Jimat pun yer. Nak banding dengan kos if kita buat sendiri party macam ni, memang banyak beza mcm langit dengan bumi. Naurah joined pasal Feb baby. Nazif akan join the next batch InsyaAllah.

Paling best dapat bersua muka kembali dengan Hannah Johary & Xeea. Ciare, Tengku Ana & Ain aku first time jumpa. Dah kenal alam maya, tak kekok nak bersembang bila dah berdepan. Semuanya peramah & baik hati. Kaum ayah pun sama bersembang tak ada masalah nak bergaul. Anak-anak happy ramai kawan & bermain bersama.

AJK sekalian, kita pastikan misi 2nd & 3rd batch dapat dijalankan semeriah yang pertama okay!! Sahutlah cabaran ini. Ewahhh =P

Terima kasih pada Dina yang sponsor rumah. Terima kasih Fad yang buat 4 biji kek fondant. Terima kasih Yaya sponsor kotak goodies & penyumbang goodies yang lain. Terima kasih pada Mar yang design banner. Juga terima kasih pada AJK tapau kita Yun yang dah surrender utk batch seterusnya hahaha. Takpe....ramai lagi yang boleh ambil alih tugas tu. InsyaAllah. 

Kita jumpa lagi ye!




 






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat