Penyakit Hati

Ya Allah, rasa kerasnya hati aku sekarang ni. Aku tahu memang salah sendiri. Nak tulis pun tak gamak macam membuka pekung di dada. Jadi aku kena muhasabah diri balik lah. Ya Allah, tolong pimpin aku ke jalan yang benar. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan dunia kelalaian ini. 

Kena wake up semula. Dengar balik ayat-ayat al-Quran, dengar ceramah agama. Itulah antara cara yang aku jumpa untuk memulihkan balik hati yang penuh dengan kekotoran dunia ni.

Tiada daya & kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Allah, aku cuma seorang wanita & manusia yang lemah. Bantulah aku untuk merawat hati. Moga ia jauh dari sikap mungkar kepada manusia yang lain dan sebagainya. Amin ya rabbal alamin.

Popular Posts