Perancangan Terhebat

I have to write this right away. Sebijak mana pun perancangan manusia di dalam dunia ni, ianya takkan terjadi selaras dengan kehendak Allah SWT. Allahu Akbar.

I am watching a video on youtube about a white woman who embraced Islam through a journey of her being a journalist at Palestine. She is also a sister in law of Tony Blair, once a Prime Minister of Britain.

I cannot stop to shed my tears upon hearing her story about how she finally be a Muslim. What she saw at Palestine etc. It feels close to my heart.

Tragedi 9/11 di US. Apa yang berlaku di Palestine. Semuanya merupakan perancangan jahat manusia yang memerangi agama Islam. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memburukkan pandangan manusia di seluruh dunia tentang agama kebenaran iaitu agama Islam. As we know, saluran media massa di seluruh dunia ini kebanyakkannya di kuasai oleh musuh agama Islam. Maka segala informasi yang diberikan kepada penduduk seluruh dunia adalah mengenai agama Islam yang kejam, menindas & jahat.

Namun sebaik mana pun perancangan mereka utk memburukkan agama kita, Allah SWT mempunyai perancangan-Nya yang lebih hebat lagi. Dia menterbalikkan apa yang musuh agama kita mahukan penduduk dunia percaya kepada kebenaran yang sebenar.

Dari tragedi 9/11, lebih ramai penduduk dunia yang ingin tahu tentang apa itu Islam. So they seek for the truth & beginning to learn what Islam really are. Lebih ramai yang memeluk agama Islam selepasnya.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana, janganlah Kau pesongkan hati aku daripada agama Mu. Tuntunlah aku menuju kebahagiaan didunia dan diakhirat.

Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah & Nabi Muhammad SAW itu pesuruhMu.

I meant my syahadah from the bottom of my heart. Its not just a say. For me, its so meaningful. Alhamdulillah.

Kepada rakan-rakan sekalian, iman manusia itu ada naik & turunnya. Antara cara untuk kita perbaharui atau tingkatkan lagi iman kita kepada Dia, rajinkanlah diri mendengar ceramah agama atau membaca buku berkaitan agama kesayangan kita. InsyaAllah, kita akan rasa lebih bersemangat utk menjadi Muslim yang lebih baik drp hari-hari sebelumnya.

Bila kita rasa malas nak beribadah, rasa penat dsb, kita kena naikkan semula semangat tu. Jangan diam tak berbuat apa. Moga Allah sentiasa menunjukkan jalan yg lurus kepada kita. Amin ya rabb.

At the moment, aku rajin mendengar soal jawab dari Dr. Zakir Naik & inspiring stories from non believer who embraced Islam. Ia dapat menguatkan lagi iman dalam diri aku betapa benarnya agama ini. Alhamdulillah.

Islam takkan pernah kalah.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat