Skip to main content

Cerita Syawal Kami

Alhamdulillah hari ni dah Syawal ke-5 & masih lagi diberikan pinjaman nyawa oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup dibumi-Nya ini. Hows your Raya? Mine biasa ajelah. Dah tua gini takde apa sangat pun yang seronoknya beraya ni. Banyak fokus ke budak-budak ajelah kan. Raya pertama kami ke Skudai beraya rumah adik aku Lisa. Pastu terus balik rumah. Haha. Untung ada berjalan drp terperap kt rumah mcm selalunya kihkih. Raya ke-2 Abg Eddy ajak lepak hotel KSL kat JB bawak budak-budak main waterpark. So tengahari after family Cik Lan datang beraya, kami gerak ke JB. Dinner kat sana & balik rumah.

Petang tu Nazif demam. Dugaan bertambah. Now dua-dua anak tak sihat berjemaah semula. Hari ke-3 duduk rumah je pasal aku start Puasa Ganti. Rasa letih gila kot badan. Padahal baru je 2 hari tak puasa. Then semalam kami balik ke Semenyih & sampai around pukul 7 malam. Jalan tak jem sangat. OK lagi la boleh diterima akal. Hari ni dah pun masuk kerja. Boring kan cerita Syawal aku? Haha.

Emm..hari ni aku try Puasa Ganti hari kedua. Tak sahur pun pagi tadi. Cuba ajelah pasal malam tu dah niat. Agak tak tahan, aku buka. Kalau berjaya, settled dah hutang puasa utk tahun ni. InsyaAllah, moga dipermudah. Then boleh try sambung Puasa 6 pulak. Tambah lagi 4 hari atau asingkan buat 6 hari lagi belum dapat dipastikan.

Bukan ape tau, sejak kena control makan pasal diabetis masa pregnant ni, bukan banyak foods boleh telan pun. Kena very selective & pasal takde kesempatan lagi nak membeli belah foods diabetic & pulak masih stay rumah in law, lagi lah payah. Might as well puasa aje gitu ye tak? Itulah yang bermain difikiran aku skrg ni. Cuma masalah larat ke tak larat ajelah.

Alhamdulillah minggu lepas dah pun genap 5 bulan kandungan ke-3 ni. 4 months to go. Harap diberi kesihatan drp penyakit sedia ada. Moga baby pun kuat kat dalam sana.

OK itu ajelah bebelan utk pagi ni.



Gambar Syawal 1436H terbaik kami. Nazif cranky nak tidur. Menangis macam hape sampai muntah habis kena baju melayu sedondon dgn habi tu. Sedih sangat tak sempat nak snap pasal comel gila siap bersampin. Sobsob. Elok je tukar baju, dia pun terus lelap. So ini ajelah kenangan yg ada. Jadi lahhhh.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…