Muak Nasi

Muak sudah makan nasi waktu berbuka puasa & sahur. Masalahnye tak tau nak makan ape sama. Lagi pulak duduk rumah in law, apa yang dihidang kita telan ajelah. Jangan banyak soal.

Lepas sahur skrg ni dah start muntah balik apa yang dimakan. Tak tahu lah kenapa. Ritu saspek sebab minum susu. Stopkan susu, OK dah takde muntah lagi. Ini dia jadi balik pulak. Kenapakah? 

Bila ada peluang berbuka puasa kat luar, aku sebolehnya lari dari makan nasi. Macam hari ni rasa nak makan western pulak. Belasah jelah kedai apa yang ada kat Nilai tu.

Ramadhan kali ni memang lain sangat. Kena duduk rumah in law perihal budak-budak. Lemau jugak aku & habi dibuatnya. Masalahnye memang takde choice lain dah. Kena redha jelah dengan option yang ada.

Langsung takde tepek gambar juadah berbuka kami kat sini. Adalah bbrp hari habi masak masa balik BBST kejap ritu. Tapi nak snap pon takde mood.

Ada lagi sekor ayam dalam freezer entah bila nak masaknye. Dah akhir2 puasa ni lagi lah malasnye. Susah-susah sangat bawak balik Johor je balik raya nanti bwahaha =P

Merah & besar tapi rasanya belum tentu manis




Popular Posts