Update Naurah On HSP

Allah ya Allah. La hawla wala quwwata illa billah. Masih lagi kami diuji dengan penyakit HSP Naurah. Ia masih belum berkesudahan. Sekarang ruam naik balik buat kali ke-4. Tapi tidaklah seteruk sebelum-sebelum ni. Cuma ya, ia masih naik. Yang agak merunsingkan ialah Naurah tak ada selera makan. Makanan dirasakannya tidak sedap. 3-4 suap dah taknak. Kadang baru rasa sikit dah cakap tak sedap. Malam tadi perutnya sakit. Kami bawa ke Annur & syukur  doctor kata perutnya tiada apa yang serius. Cuma doctor pesan kat Naurah supaya makan & minum. Kalau tak nanti doctor kena cucuk jarum kat tangan masuk air takut dehydrated. Itu sajalah.

Penyakit yang tiada ubat, memang rumit menanganinya. Doctor cuma dapat kurangkan simptom yang ada and at the same time kena selalu monitor perkembangan organ dia yang lain supaya tak melarat jadi sakit yang lebih serius. Its a normal simptom for HSP patients. Sebelum ni Naurah tak pernah mengadu sakit perut. Akhirnya simptom tu muncul jua.

Kami dah excited sangat nak balik rumah BBST. Bila doctor Khairul kabo Naurah dah boleh ke sekolah masa follow up Isnin lepas, kami happy sangat & menghitung hari utk kembali ke rutin biasa. Siapa sangka ruam naik semula disusuli dengan sakit perut ni. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.

Aku rasa naaakkk sangat ambil unpaid leave jaga Naurah sebulan dua gitu sampai dia betul-betul kuat. Pagi hantar dia ke kindy, tengahari aku ambil pantau kat rumah. Kesian sangat dia dah banyak ketinggalan pelajaran. But what to do? Teacher dah OK nak tolong dia catch up balik dengan kengkawan lain. Lega juga mendengarnya. Tapi itulah....tak tau lagi macam mana sekarang ni.

PIL memang suruh tinggalkan Naurah dengan diorang je sampai dia sembuh. Tapi aku berat hati. Dia kan anak aku. Biarlah aku yang jaga. Aku tak suka pisahkan anak-anak & berpisah dengan diorang masa tengah kecil macam ni. Siryes memang aku tak suka. Diorang tu amanah dari Allah utk aku. Susah senang biar kami bersama. Cukuplah kami duduk lama kat rumah PIL semata-mata utk kesihatan Naurah. Ini pun kira dah menyusahkan diorang. Takkan nak susahkan lagi?

Memanglah diorang tak kisah & suka nak jaga cucu. Tapi sampai bila asyik nak mengharapkan bantuan orang? Amanah anak-anak tu kepada ibu bapa. Bukannya datuk &  nenek. Lebih afdhal rasanya jika aku & habi yang berkorban lebih dalam hal ni.

It just that tak tahulah kalau betul nak ambil unpaid leave, bos approve atau tak. Itu masalah utama. Pastu kewangan pun kena fikir jugak. Aku ada monthly commitment dalam RM1k. Kena depends on gaji habi jelah kalau aku takde income. Utk sebulan dua aku rasa dia boleh manage. Kos daycare Nazif & Naurah dah jimat dalam RM500. InsyaAllah boleh.

Tapi itulah..berbalik kepada persoalan asal. Bagi ke bos???


Allah sedang menguji kita sekeluarga kakak. Be strong!
 





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat