26 Weeks

Ya Allah, hari ni dah genap 26 weeks pregnant. 98 days to go tulis kat ticker tu. This Sunday I will be on my 3rd trimester. How time flies. Lepas mabuk alahan semua tu hilang masa 5 bulan pregnant, I really did enjoyed my most likely last pregnancy. Rasa sihat & happy je. Suka tengok perut besar. Suka bila baby bergusti dalam perut. Mengenangkan ini mungkin kali terakhir dapat rasa semua tu, semuanya buat aku lebih beremosi apart from my 2 previous pregnancy.

Lately rasa badan agak lemah. Maybe sebab baby makin besar, makin banyak tarik zat dari badan aku, faktor umur (rasa mcm dah 40-an haha), faktor kerja, faktor kena layan 2 anak sedia ada, semuanya agak meletihkan. Tidur awal & tido mati sampai ke pagi. Terjaga sekali sekala dengan kaki kejang or Nazif merengek tak tentu hala je. I feel so exhausted. Cepat mengah & solat pun 2/3 waktu terpaksa guna kerusi sebab terasa senak perut bila sujud & susah nak bangun berdiri semula.

My diabetic diet, so far so good. Seperti yang Doctor Fatimah pernah kata sebelum ni, lama-lama kita dah terbiasa dgn pola pemakanan baru. Tak makan nasi sehari dah tak jadi masalah utk aku. Portion sesenduk pun dah rasa kenyang. Semua baju biasa boleh pakai. Takde 1 pun baju baru utk maternity aku beli kali ni. Jimat. Masalah baju sedia ada cuma part perut yang semakin obvious menonjol ke depan. Baby boy sangat. Hehe. Suka perut pregnant baby boy sebab comel. Masa Naurah melebar ke tepi nampak boyak sangat. Haha. Tak cantik perutnya =P

About 10-11 weeks to go for me to deliver my 3rd child. Knowingly diri sendiri memang berisiko tinggi bila pregnant, induced tu senang kata memang pasti lah. By 37 weeks gitu doc mesti dah soh serah diri. This time aku plan nak mintak date cantik sikit dalam 10 or 11 November gitu. Sebab aku agak memang dalam tarikh tu lah doc akan induce. Tengoklah doc agree or not. Mana yang baik bagi dia, aku ikut je. Always trust your doctor.

This coming 3 days weekend (Merdeka Day on Monday), we planned to buy some baby things lah. To date takde ape pun beli utk baby. Aku baru je order car seat infant kat Lazada tadi. Beli yang murah-murah je pasal takde penyambung dah kot lepas-lepas ni. Pakai pun dalam 6 bulan gitu je kan. Asal ada sudahlah. Dalam keadaan ekonomi tak cantik ni kena berjimat cermat lah mana yang boleh.

Diapers beli yang murah-murah je pasal dari pengalaman anak sebelum ni, penting masa baby ni kuantiti diapers bukan kualiti. Pasal baby kerap kencing & berak, so kena tukar diapers banyak kali. Serapan tu semua tak berapa penting pasal pakai sekejap je. Bab baju pulak aku suka baby pakai sleepsuit & rompers je. Senang. Mohler ke Kenanga WC sebab kat sana mmg murah baju bajan yang aku suka tu.

Bonding time
U look chubby haha

Jeleskan adik pic cat gemok kat baju. Tah pape...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat