Benarkah Sudah Berakhir?

Rasa macam dah diberi jalan keluar dari Allah atas ujian sebelum ni. Tapi itulah...masih dalam keadaan berjaga-jaga. Selalu lah check kaki Naurah kot ada ruam baru yang naik. Cuma at the moment rasa happy dapat kembali kepada rutin harian biasa. Seronok dapat luang masa dengan anak-anak. Malam pun tido awal ikut jam diorang. TV memang dah lama tak tengok. Habi jelah mengadap sambil tunggu mesin basuh siap bekerja. Mak & anak-anak dah berkeroh kat atas kehkehh =P

Iyelah skrg azam nak jadi ibu yang lebih baik. Sejak mabuk pregnant dah kurang ni, memang gagah la jugak kalau boleh nak buat breakfast utk anak-anak walau goreng nugget atau wedges saja. Puas hati tinggalkan anak-anak kat sekolah dengan perut terisi. Kadang diorang bawak bekal kalau ada lebihan. Tido awal memang sangat membantu utk budak-budak bangun awal & mandi awal dengan ceria. Nazif memang drp baby tido sebelum pukul 9pm. Tak masalah. Si Naurah jelah kena tune skek sebab dulu dia mmg tido awal, pastu dia ikot jam aku & habi tido pukul 10pm. Duduk lama rumah in law haritu lagilah kelaot waktu tidurnya. Lagi lewat.

Cuma yang susahnya Nazif bila tido mesti nak dengan aku & kakaknya. Manjanya ya Tuhan. Lagi bbrp bulan nk dapat adik ni lagilah perangainya sukar dijangka. Perut aku makin beso ni, makin mengah kesana sini. Nazif pulak buli aku sokmo mintak dokong nangis-nangis macamkan kena pukul. Perut sengal, pelvik sengal, pingggang mcm nak patah. Dugaan sungguh. Kasihanilah ibu mu ini nak. Sobsobs.

Sebabkan peel Nazif nilah Naurah asyik tak buat homework. Adoi laaa....tak tau nak solve gane lagi masalah ni. Nak suruh buat pagi-pagi biasalah budak-budak liat kebenaw. Jenuh mikio ni hah.

Oklah, tu je update hari ni. Tata.

Rindu pulak dia rambut panjang mcm ni. Ayu je. Skrg more to cute hehe





Popular Posts