Skip to main content

Saya Menang!

Takde entry rupanya semalam blog ni. Busy dengan kes hot. Hehe. But lets not talk about that lah. Yang sudah tu, sudahlah. Tak usah dikenang kenang. Kita ingat yang baik-baik aje, jangan diingat yang buruk-buruk. Doakan kebahagiaan semua orang, berlapang dada, InsyaAllah dipermudahkan hidup kita. Amin.

Oh ye semalam nasiblah teringat nak buka emel kat gmail. Tetibe nampak emel dari Astro. Rupanya mak memang hadiah lah. Kadang bila rajin aku masuk Astro Circle tu tengok ada contest apa yang senang nak join. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kali ni aku jadi sabut pulak. Haha. Dapat Grand Prize menang Marvel's Ant-Man Binary Watch. Aku gugel kan macam pelik je jamnya. Haha. Tak kisahlah. 

Memang habuan habi lah jawabnya. Aku ade jam Fossil seketul tu pun pakai bila ade mood je. Bila dah bertahun tak pakai jam tangan, nak pakai balik tu memang ada liat lah. Lama-lama dah tak jadi passion or habit. Terlupakan begitu saja. Benda kalau dah lama sangat kita tinggal memang payah dah la.

Alhamdulillah ada rezeki kali ni padahal dah lama gak tak join contest especially yang magazine online tu. Mabuk pregnant punya pasal mmg mood kelaot ah kan. Lps dah tak mabuk, rajin utk yang Astro je. Jadiklah buat ada-ada. Benda free siapa tak suka kan? Tetibe teringat set Nutox free contest magz on9 tak pakai-pakai lagi. Hahaha. Sabor jelah. Yang set mekap Revenge pn tak pakai lg. Nak bagi Naurah mcm sayang pulak dia pakai tak cermat. Ciskek punye mak. Sanggup belikan yang murah2 bg budak tu main =P

OK. Tu jelah untuk hari ni. Daaa...

Kalau makan tak sah kalau tak bersepah & comot. Kids....



Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…