Inilah Kakak & Abang Awak

Tak tau pulak kite nak bebel ape pagi ni. Baby tengah menendang-nendang perut. Bahagianya rasa hati kite. Alhamdulillah. Baby, awak kena kuat yer. Hari-hari ibu doa pada Allah moga lindungi awak, panjangkan usia awak, beri kesihatan pada awak. Ibu risau sebab kesihatan ibu yang tak stabil ni menyusahkan awak kat dalam sane. Kepada Allah je ibu berserah segalanya.

Esok akan genap 7 bulan awak dalam perut ibu. Sebenarnya ibu dah tak sabar nak jumpa dengan awak. Nak jumpakan awak dengan Kakak Naurah & Abang Nazif. Diorang excited nak jumpa baby baru dalam keluarga kecil kita. Moga dengan kehadiran awak, makin bahagia keluarga ini. Makin dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati.

Sebenarnya juga ibu nervous nak jadi Mom of 3. Ibu harap Allah bagi lebih kesabaran pada ibu dalam mendidik semua anak-anak ibu yang disayangi sepenuh hati. Ibu harap kamu semua bertuah dapat ibu seperti ibu. Ya, ibu tak perfect. Tapi ibu harap kamu semua happy dan cukup makan pakai seadanya kemampuan ibu & ayah. Kami sentiasa usaha utk kamu semua dapat yang terbaik melebihi drp keperluan & keinginan diri kami sendiri. Keutamaan kami adalah utk anak-anak.

The more the merrier. InsyaAllah 3 orang anak cukup utk memeriahkan keluarga kecil kita. Haih...makin tak sabar pulak ibu rasa hehe. Nama awak pun tak finalize lagi ni. Cane? =P




Tengoklah gelagat kakak & abang awak tu. Setiap malam macam inilah rutin diorang. Kakak buat homework kindy. Abang tukang kacau. Ibu suka snap pic time diorang macam ni. Sebagai kenangan utk awak tengok sama nanti, InsyaAllah.

Selalunya Ayah awak akan join kami tapi lewat sikitlah. Lepas dia basuh baju, makan malam, nanti dia naik menghabiskan masa berkualiti dengan kami semua. Pukul 10 malam selalunya lampu akan ditutup. Esok kena bangun pagi memulakan rutin harian masing.

Macam manalah rutin lepas awak dah bersama kami nanti yer =)









Popular Posts