Terbantut

Hai semua. Mak baru balik drp Annur hantar result SBS & check blood pressure. Alhamdulillah doc puas hati & tak perlu admit. Yahooo!! Gembira la kejap walau tak bermakna apa-apa pun sangat. Sempat nurse pesan jaga makan yer Puan! Terbantut terus hajat nak celebrate dengan cheat day. Kahkahh. Macam dia dapat baca pulak fikiran aku masetu. Cis sangat.

Pergerakan baby semakin obvious lately. Maybe dia dah makin besar & kuat kat dalam sane tu kan. Kemain perut mak senget benget dibuatnya. Tapi mak suka. Suka sangat. Tanda that he's okay inside there. Moga panjang usia kamu yer nak sampailah selamat dilahirkan nanti sampai boleh membesar dengan sihat sama-sama dengan kakak & abang awak. Amin.

Tak sangka jumpa roommate masa kat UPM dulu. Nani & her husband Farid. Rupanya dah full term dia at 37 weeks and tunggu masa je. Due date 1/10 memang dah tak lama dah la. Teruk dia batuk-batuk. Biasalah bila pregnant daya tahan badan melawan penyakit memang lemah. Aku ni pun dah kena flu. Pasal jerebu agaknya. Moga dipermudahkan ye Nani bersalin sok. InsyaAllah dapat sepasang dah anaknya lepasni. Happy for them =)

Habi sekarang pun kemain lagi pantau ketat diet mak. Dia kata zaman makan sedap-sedap dah berlalu bagi aku. Urghhhh. Ayat bikin panas hati kite je. Dia pulak kemain melantak yg sedap-sedap. Jahat.

Tapi yelah..dah 2 bulan buat diet diabetic ni, rasa badan lebih ringan & sihat. Pastu macam dah terbiasa tak makan nasi sangat. Mee, bihun, laksa semua tak pandang sangat. Kadang je kalah dengan spagethi or makaroni yg masak sendiri. Pengganti nasi & segala jenis mee adalah roti wholemeal & wrap/capati brand Mission. Air manis pulak penggantinya air masak or susu low fat. Bab lauk pauk je aku tak pantang. Cuma kena control kuantiti skek lah.

Kalau tak pregy agaknya berat dah turun 10kg gaknye. Perasan. Haha. 2 bulan rasa macam 2 tahun control makan. Seksa lah jugak tapi malas fikir banyak. Taknak stress. Ko punyelah sedap makan tak mengingat 5-6 tahun, tetibe nak kurus lepas diet 2 bulan? Banyak cekadak ko! Hahaha...

At least nak nampak penurunan berat even after bersalin pun ambil masa 6 bulan kot paling koman. Entah-entah setahun kalau tak konsisten. Haihh...tengok jelah sampai bila dapat cekal semangat ni. Malas nak fikir jauh sangat. Kang tak jadi buat malu je kohkohhh =P


Pipi pau. Skrg tudung ni longgar taw kat muka. Jgn jeles..wekk =P







Popular Posts