Fuel Shack, IOI City Mall Putrajaya




Sabtu lepas kami ke IOI City Mall, Putrajaya lepas settled urusan kat Annur. Naurah kata dia lapar. Bila tanya, dia kata nak makan burger. Aku tak suka burger McD. So teringat kat Fuel Shack ni. Why don't we try? Geng wasap kata Okay je. Tak try mane nak tau kan?

Naurah kata dia nak beef (Original Shack). Banyak jugak dia makan. Tinggal sikit je lagi habi perabis. Maklumlah masih on steroid masa ni. Selera kemain besar. Seram nengoknya. Tapi kita layankan jelah kan anak-anak nak makan. Bukan selalu pun dia jadi macam ni.

Aku layan burger lamb (Lamb Supreme). Sedap jugak. Habi try hotdog (Double Dawg). Aku rasa sikit tak minat pasal ada sos masam. Mustard agaknya. Not my taste lah. Fries kat sini Okay. Tak masin sangat macam selalu dapat kat McD. Overall kalau nak makan burger, bolehlah kesini je.

Konsep ordering dia pun Okay. Order & pay. Dapat nombor giliran, bila terpampang nombor kita, pergi ambil kat kaunter makanan yang tersedia. Simple.

Pada aku patties dalam burger Fuel Shack ni lagi fresh & juicy drp kat McD. Yang McD rasa macam getah. Haha.










Popular Posts