JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.

So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 

Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je batter dia macam takde garam. So kurang nikmat disitu. Sayur timun diganti dengan epal hijau untuk kelainan. Nasi lemak ada 2 warna. Atas hijau, bawahnya putih tapi rasanya takde beza. Untuk kelainan boleh request kuah kari cair tp cukup rasa. Sedap jugak rupenye hehe. Saje nak mencuba.

Harga utk lauk Sotong King RM10, Ayam RM7 & Siakap RM17. Kalau tak salah la yer. Maklom la habi yang bayor =P










Puas rasa hati bila dah dapat makan. Boleh tido dalam senyuman. Esok pagi kami ke Pekan Parit Raja lagi untuk breakfast. Ke Kompleks Niaga jugaklah kite. Woh ada Pasar Pagi pulak. Syok eyh. Tapi perut kena diisi dulu sebelum merayau. Kami ke kedai berdepan dengan Lontong Warisan. Rupanya ramai orang sebab makan Asam Pedas. Cina pun ramai okay. Mesti sedap ni. So pagi-pagi dah makan nasi lah kite.

Memang tak mengecewakan Asam Pedasnya. Habi amek Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak. Kuah asam pedasnya cair tapi rasa dia memang mantop. Style kat situ orang banyak ambil kuah je makan dengan lauk Sambal Goreng or Sayur Kobis Goreng. Ada lauk Ayam Goreng yang sedap jugak. Haihh semuanya sedap lah. Well, tekak jawa dpt masakan orang jawa memang gitulah =P

Untuk budak-budak habi tapaukan Roti Canai Kosong. Deme sibuk main dengan anak kucing. Sabor jelah. Sorry tak ingat nama kedai asam pedas ni tapi mmg berdepan dengan Lontong Warisan. Sila terjah. Dah kenyang, jalan kejap kat Pasar Pagi beli Putu Bambu. Ahh sedap gila. Kurang manis. Habi dah menjeling. Wekkkk. Sempat beli stokin hitam RM5=3pasang. Selesa stokinnya =)





Kami check out Hotel Pintar pukul 11.30pagi. Beli kerepek nak bawak ke opis & bagi owner taska Nazif kat Parit Raja before menuju ke bandar Batu Pahat ke lokasi terakhir JJCM kami. Mee Racun yang femes itu berdekatan bangunan Tabung Haji Batu Pahat. Sekali lagi bila sampai Nazif tido. So ibu boleh makan dengan tenang. Naurah order Nasi Goreng Kampung Cina. Harga Mee Racun Tulang RM10 sepinggan. Mee Racun Kosong RM6. Berbaloi sangat. Rasa kuahnya rasa tomato. Macam mee kuah tomato. Gearbox Kambing yang syok tu. Naurah siap sedut sumsumnya. Dia kata sedap. Aku taminat hehe. Bab ni dia boleh geng dengan habi.










Alhamdulillah, kenyang perut senang hati. Boleh kata misi JJCM BP ni sangat berjaya lah. Kunun nak singgah Muar pekena Mee Bandung. Erghh..perut aku dah talarat nak diisi. Jomlah kita terus balik. JJCM Muor boleh buat lain kali. Jangan tamak sangat. Haha.

Kami exit Tol Nilai pukul 4 petang. Sampai BBST bawak budak-budak gunting rambut & balik rumah. Sekian JJCM BP. Tata.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat