Kawan Rapat


2 beradik ni makin rapat sangat lately. Suka tengok diorang main sama-sama. Bercekau pun sama-sama. Haha. Jadi penghibur hati ibu & ayah. They always make us smile & laugh. Cepat-cepat hati berterima kasih pada Allah kerana meminjamkan mereka kepada kami. Its a bless. 

Semalam aku MC. Tak habis lagi dengan pelvic & back pain. Selagi tak bersalin, selagi itulah masalah ni takkan hilang. Biasalah. Redha je kita. Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku yang menggunung tu gaknye. Selagi terdaya, aku tahan. Bila dah tak terdaya sangat, terpaksa jugaklah MC. Last resort.

So Nazif tinggal dengan aku. Berat hati nak hantar ke taska. Bajet dia behave lah. Sekali kelaot tekaan aku. Boring gaknye duduk rumah. Budak lelaki mana sama dengan budak perempuan. Nazif bukan jenis ralit tengok TV. Henfon pun aku tak gemar sangat bagi dia ralit. End up bila takde aktiviti dia pun buat perangai. Kakak takde nak dibuat berkawan. Lagi dia mati kutu.

Asyik menangis pastu muntah. Stressed pulak aku dibuatnya. Bila aku masak, dia hepi ah nak menolong buat sepah. Ada aktiviti dia molek jelah perangai. Petang lepas dia nap menangis lagi. Entah mimpi apa dok mencari Ayah. Lepastu aku ajak dia sidai baju kat porch bagai molek lah perangai. Pasal ada aktiviti.

Lain kali better hantar je dia ke taska. Dia lagi happy kat sana kot. Duduk berdua dengan aku je memang boring lah pasal aku nak banyak berehat bukan nak buat kerja rumah. Ohh..tidaklah dalam keadaan sarat begini. 




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat