Qanaah

Susahnya nak selalu rasa qanaah (merasa cukup) dalam hidup. Memang antara kelemahan manusia kan, sentiasa ada kehendak & merasa tidak cukup dengan apa yang kita dah ada. Ada masa memang boleh qanaah, tapi ada masa rasa nak itu ini jugak. Untuk sentiasa berada dalam qanaah tu agak susahlah. Siapa yang taknak hidup selesa kan? Kalau dah selesa, nak lebih selesa lagi. Dan begitulah seterusnya kalau terus dilayan kehendak hati. Tak ada titik noktahnya.

Aku pun selalu berperang dengan kehendak diri. Kadang berjaya, kadang tak berjaya. Rumit betul rasa. Tapi kehendak ni selalunya kena seiring dengan duit. Duit takde, pandai je qanaah. Haha. Bila duit ada, mulalah otak fikir macam-macam. Nak itulah, nak inilah.

Aku tengah cuba didik diri sendiri utk qanaah walau tengah ada duit. Biar duit tu sentiasa ada dalam akaun. Banyak mana pun biarlah dia. Tak perlu tergedik-gedik nak bukak Lazada, Zalora dsb mencari barang yang sebenarnya tak ada pun tak apa. Kadang bila boring tu yang jadi masalah. Browsing internet, tengok itu ini, akhirnya beli. Hampeh betol.

Tapi dah banyak kali jugak aku browsing end up tak beli apa-apa. Tahniah la kat diri sendiri kalau berjaya gitu. 

Semalam beli Petpet Daypants Nazif 3 packs teros kat Lazada. Selalu beli RM33.90. Semalam offer RM32 se pack. Bila order guna apps henfon, dapat RM20 diskaun lagi dengan syarat pembelian kena RM100 above. Akhirnya beli balm baby brand Tropika yang sebenarnya seller tu jual mahal RM44.50. Tapi bila ada diskaun RM20, jadi murah RM24.50. Maka berbaloilah untuk dibeli. Usha kat IG, seller jual paling murah RM35 belum postage. So nampaknya tinggal toiletries & diapers baby jelah yang tak beli lagi.

Aku memang tak berkira dengan habi bab beli barang utk anak-anak ni. Ade duit, aku beli jelah. Kalau shopping groceries dengan habi, selalunya dia akan bayo. Aku sekali skala je payung. Pun tak kisah kalau ada duitnya. Buat anak sama-sama kan. Haha.

Bila nak membeli apa-apa, aku mesti fikir banyak kali samada ini kehendak atau keperluan. Dan selalunya akan consult habi dulu lah. Kadang aku pun tak dapat nak decide antara kehendak & keperluan ni. Biasalah perempuan. Hehe.

Satu yang aku susah nak menten qanaah. Bab rumah. Teringin sangat nak mencantikkan lagi rumah tu. Nak pasang lantai lamina, nak cat baru, nak renovate dapur, nak buat porch. Tapi terbantut sebab habi tak sapot sangat. Dia takde passion bab tu. Tak taulah sebab kekangan duit ke apa. Tapi macam takde usaha sama pun untuk merealisasikan impian rumah yang lebih selesa drp skrg. Itu yang jadi impian gone with the wind.....sobsobss...

Bila nak banyak duit ni??? Hahaha








Popular Posts