Tiga Puluh Tiga

Last check up dgn Dr. Fatimah pada Sabtu lepas di usia kandungan 33 weeks. Blood pressure terkawal. Tak makan ubat pagi tu pun dpt reading 135/85. That is normal. I am all happy. But what about my sugar? BSP the day before result are 50-50. Fasting blood is good at 5.7 followed by 6.3/5.5/6.9. Lega doc takde ugut nak start insulin hehe. Itulah yang mak paling takot nak dengar. Maybe pasal dah tak lama nak bersalin kot kan. Dia tengok aku boleh konsisten dengan kawalan diet, she trust me to continue on that.

Tapi yang risaunya ada jugak. Baby besar seminggu drp yang sepatutnya. Homaii..inilah yang aku dok seriau sangat lately. Baby spttnya dlm lingkungan 2-2.1kg tapi now dia dah 2.4kg. Ada 2-3weeks lagi dijangka bersalin. Berat aku naik 400gram, berat baby naik 600gram from the previous weight scan. Apo nak dikato?

Overall kenaikan berat badan ialah 2kg. Rasa macam tak percaya rupanya dengan diet yang betul memang boleh je naik berat tak banyak. Teringat masa pregy Naurah sampai 16kg tak salah aku naiknya. Makan ikot sedap tekak gitulah dia. Pregy kali ni even control makan, takdelah meroyan kelaparan ke hape. Breakfast, lunch & dinner memang lengkap. Cuma apa yang dimakan tu je memainkan peranan. Pagi dengan 2 keping wholemeal & cocoa stevia. Lunch ratah lauk pauk tapau kat cafe hotel. Dinner dengan sekeping chapati & lauk pauk. Itulah menu yang kebiasaannya. Kadang-kadang je bertukar.

I asked habi if I continue dieting like now after I deliver the baby, can I get my weight back on my wedding day?

Kemain soklan cepumas aku bagi. Dia kata BOLEH. But it takes time. Menternak lemak & penyakit kemain lagi kan 5-6 tahun. Bajet boleh kurus dalam beberapa bulan je ke? Jangan nak bermimpi. Lagi pulak aku culas bab eksesais. Setakat control makan aje belum menjanjikan apa-apa. Takde jalan mudah nak dapat apa yang kita idamkan. Semuanya kena usaha & istiqomah.

My next check up is by end of this month. By that time I'm on my 35 weeks already & supposedly doc akan bagi tarikh induce if takde aral melintang. Dia kata by 36 or 37 weeks memang dah kena bersalin lah. Lagi pulak dgn baby yg membesar bagai juara ni kan. Dia pun agak risau. Aku pulak asyik terfikir what if kena c-sect? Takot.

Tak putus doa minta Allah permudahkan proses kelahiran baby ni esok. Doa juga keselamatan dia biar sihat walafiat & mudah dijaga. Tak pernah berhenti berharap.


Future Kak Long & Abg Ngah







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat