Kisah Sebelum Bersalin

Assalamualaikum readers ;)

Jarang sangat rasanya bagi salam kat blog sendiri ni hehe. Nampak sangat special eyh entry ni. Special pasal now I'm a mother of 3 NZ. Jyeahhhh. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat kami sekeluarga hingga saat entry ini ditaip. Nikmat Allah yang manakah mahu aku dustakan. Terima kasih Tuhan.

Pada check up terakhir aku on Friday the 13th, Doc Fatimah check serviks & katanya dah buka 1cm. Pangkal rahim dah lembut & dia twist lagi utk trigger bukaan jalan. Then we decided the date to induce on my 38th weeks on the 18th Nov, Rabu. Suka sebab dapat sama haribulan dgn Naurah. Senang nak ingat.

Doc F pesan kalau dah rasa sakit datang jelah hospital tak payah tunggu. So on Friday tu terus dapat MC sampai hari Selasa. Yahooo. Lega sangat tak payah pergi kerja dah. Siryes dah talarat. Dalam otak fikir nak bersalin & jumpa baby je. Dapat berehat sebelum tiba harinya memang satu nikmat yg dinantikan. Gasak lah MC melambak. Malas nak fikir dah.

So selama 5 hari tu tak kerjalah. Ade la jugak keluar jalan mall dengan harapan mudah skek nak bersalin. Selasa malam kami berangkat ke Semenyih sebab Rabu pagi-pagi dah kena serah diri kat hospital. Agak emosi jugaklah dah last-last tu teringat entah dapat jumpa lagi ke tidak anak-anak lepas tu. Tak tahu apa yg akan berlaku kan. Sebak jugak tengok Nazif kecik lagi dah nak jadi abang. 2 tahun rasa kecik sangat gap nya. Aku prefer gap 3 tahun lagi tp dah takdir kan. Redha & bersyukur ajelah pd ketentuan Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Itulah ceritanya sepanjang bbrp hari aku tak update sebelum hari aku bersalin. Gigih duduk rumah memasak & settlekan laundry sampai ke titisan terakhir. Akhirnya hari yg ditunggu tunggu pun tiba. 9 bulan mengandung yg penuh dengan cabaran pahit & manisnya. Adakah ini pregnancy aku yg terakhir? Kalau ikut perancangan aku & habi, begitulah ianya. Tapi Allah pasti dah ada plan yg lebih baik telah diaturkan utk kami. Kami hanyalah orang-orang yg berserah padaNya.

Next entry will be about my 3rd experience on delivering a baby into the world. Stay tuned.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat