Penguin Jadian

Punah harapan nak bersalin cepat. Ciskek betol hahaha. Aku dahlah seriau baby besar, lagi doc mau postponed kalau boleh sampai 38 weeks. Stress kejap aku dengar. Doc boleh baca gaknye fikiran aku, dia kata sabar ye mama. Hahaha. Masalahnya mama ni dah talarat sangat doctor mau ulang alik pergi kerja. Dok menghabiskan baki MC setahun limit 22 hari je sekarang. Kang dah habis, terpaksa pulak guna Annual Leave yang tak seberapa je tinggalnya tu. Tak cukup lagi, kena Unpaid Leave pulak. 

Apepon kenalah ikut cakap doc jugak. Bersabar ajelah. Next check up will be on 13/11. Masa tu dah genap 37 weeks pun. Agaknya the following week lah aku bersalin sebab doc cakap dah dia akan check bukaan jalan next check up ni. Harap baby dah engaged lah time tu yerp. InsyaAllah, amin.

Kalau dapat tarikh 18/11 pun OK jugak. Sama haribulan dengan Naurah. Bulannya je lain. Senang nak ingat. Tengoklah nanti kalau boleh request. Cuba nasib. Si Naurah pun asyik la tanya Ibu, bile baby nak keluar? Pastu cakap besarnya perut Ibu. Alahai...awak bikin Ibu nerves taw Naurah cakap pasal baby besar ni. Check up last Friday baby dah 2.85kg. Kalau ikut pengalaman, boleh cecah 3.4-3.6kg bila bersalin nanti. Ya Allah, moga dipermudahkanlah dapat meneran dengan baik bila tiba masanya nanti. Teringat sangat besarnya kepala Nazif dulu keluar masa 3.4kg. Rabbi yassir wala tuassir rabbi tamim fi khair.

Diet macam makin main-main. Stress agaknya tu dia jadi macam lantaklah. Makin riso baby beso, makin tak jaga makan. Memang gila lah peel dah akhir-akhir ni. Mengarut sangat. But I cannot help it. Sebab nak cepat je semuanya berakhir, biar masa berlalu dengan pantas. Mak dah penat, letih dsb lah. Nak ngulit baby je skrg ni dalam otak. Nak rehatkan badan, rasa ringan semula badan biar dapat bergerak cergas gitu. Penat dah jadi penguin jadian. Hahaha.


p/s: nape tak boleh upload pic? grrrr












Popular Posts