Penawar Bagi Hati

Kat Instagram aku adelah follow a few famous people macam adik beradik Kardashians. Dulu suka sangat follow program TV deme KUWTK tu. Sampai skrg pun ada lagi kan. Tapi since dah tak berapa minat sangat dgn TV, aku dah lama jugaklah tak follow. Kadang rasa serabut pulak otak tengok life orang kafir ni. Tak habis-habis dengan hiburan semata. Best ke gitu eyh? Semuanya keduniaan, tapi dalaman diri tu kosong. Senang kata takde iman lah.

Aku yg tengok pun dapat rasa betapa sia-sianya hidup deme tu semua. Pd deme seronok je kot. Berparti, pakai baju dah layak panggil berbogel, sex life yang bebas. Urghh...memang rasa muak tengok life deme mcm tu. Akhirnya setelah bertahun-tahun follow program tu, akhirnya aku dapat buat kesimpulan bahawasanya kekayaan duit harta benda tu semua tak bermakna kalau takde iman didada. It is such a waste.

Macam kat IG tu tengok gambar2 deme upload nampak breast bagai tu. Rasa macam takde maruah dah deme tu. Ape lagi yg tinggal kalau maruah pun dah takde? Apa yg nak dibanggakan sgt dengan berbogel gitu? Ohh tersangatlah pelik bagi aku. Agaknya itulah beza org kafir & muslim gaknye. Deme tak rasa apa2, kita yg rasa jijik kemain. Sia-sianya tengok life diorang tu. Tapi tetap jugak aku follow dah kenapa? Hahaha. 

Sbb kadang kan bile kite tgk life diorang yg lagha tu dapat timbul rasa keinsafan & bersyukur sangat dengan diri kita ni. Even tak kaya mcm deme dari segi rete benda, tapi kita ada 1 kekayaan yg tak ternilai harganya. Tak boleh jual beli. Iaitu IMAN. Hati & jiwa kita ni kalau takde iman alangkah terasa kosongnya. Rasa mcm jd mayat hidup. Fizikal je OK tapi dalaman zero.

Sangat penting sekali kita seimbangkan luaran & dalaman diri kita. Cth kan aku skrg ni tak boleh solat, mengaji bagai sbb masih dalam hadas nifas, terasa jiwa tu tak tenteram pun yer. In a way mcm best la jugak tak payah terkejar kejar waktu solat, boleh tidur lena tak payah fikir psl dah solat ke belum etc. Tapi berapa lama pun dpt rasa bebas gitu? Tak lamanya derrr. Lambat laun kita rasa rindu utk bersujud pd Dia. Rindu nak mengadu itu ini tentang life kita. Ade kekosongan dlm jiwa ni yg tak terungkap. Tapi aku tau penyebabnya krn belajar drp pengalaman yg lalu.

Utk mengisi kekosongan itu, aku rajinlah buka ayat suci Quran. Mendengarnya saja hati terasa tenang. Dalam hati turut sama membacanya kerana dah selalu sgt dengar, so jadi terhafal gitu. Surah feveret aku tentunya Al Mulk bacaan Sheikh Mishary Rashid Alafasy. Tak pernah jemu mendengarnya. 

Now aku dlm proses nak menghafaz 10 ayat pertama Surah Al Kahf. Yeah, its better late than never right? Moga terlindung drp fitnah dajjal. Amin ya rabb.

Dunia..dunia...dunia...

Tidak penatkah asyik berfikir tentang dunia? Duit, harta, pangkat. Ianya sangat meletihkan mengejar semua benda itu. At least pada aku lah. Siryes penat. Duit mmg perlu tapi asal mencukupi kelansungan hidup sudahlah. Saving tu setakat ada sudahlah. Ianya tak menjamin apa-apa pun.

Jom sama-sama kita hidupkan hati dengan ibadah kepada Allah. Hati yg mati akan terasa kekosongan. Penawarnya hanyalah ibadah. Wallahualam.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat