Jangan Lalai

Hari ni pun cepat je masa berlalu. Ya Allah rasa kecut hati aku bile mengingatkan tentang berlalunya masa saban hari dengan sangat pantas sekali. Seminggu bagaikan sehari. Sehari bagaikan 1 jam. Paling aku takuti bila memikirkan apakah yg telah aku perbuat dalam tempoh 24jam sehari yg Allah berikan. Adakah aku menggunakan masa yg ada dengan bijak? Berapa banyakkah masa yg aku telah peruntukkan utk ibadah kepada-Nya. Was it enough?

Allah ya Allah, saban hari hati & fikiran selalu saja runsing dengan persoalan ibadah. Tentang berkualitikah solat fardhuku? Berjayakan buat solat sunat? Dapat tak baca al Quran walau sebaris ayat? Semua ibadah ni pada aku basic je sebagai seorang muslim. Kalau benda ni pun aku tak boleh buat dengan istiqomah, am I really a good muslim?

Kerja itu tentu saja boleh melalaikan. Tapi bagi aku dalam masa yg sama ianya kesempatan masa yang lebih besar berbanding kalau aku menjadi seorang suri rumah. Masa belum naik kerja & jaga Nadim, 1 solat sunat pun aku tak berjaya buat. Maybe pasal hati runsing sangat nak tinggalkan anak kecil walau sekejap. Faktor kepenatan pun yer. Ya, memang semuanya alasan. Nak 1000 daya tapi jujurnya memang aku rasa beribadah kepada Allah lebih mudah bagi aku utk melakukannya di waktu kerja dalam keadaan hati & fikiran lebih tenang.

Ianya tidak mengambil masa yg lama. Waktu pagi lepas sesi pam, boleh terus buat dhuha & baca sebelah mukasurat al Quran. Selepas fardhu Zohor, boleh baca lagi separuh m/s al Quran. Waktu Zohor tak kacau waktu kerja sbb masa rehat 1 jam. Kurang rasa bersalah ambil masa office utk buat sesuatu yg personal utk diri kita. Setakat ni itulah masa yg aku cuba istiqomahkan diri membuatnya sewaktu bekerja.

Diwaktu sepertiga malam pula, lepas sesi pam pun boleh buat tahajjud. Masih cuba nak istiqomah & dalam masa yg sama taknak pressure diri membuatnya. Let it be santai & tenang. 1 hari nanti akan timbul perasaan seronok melakukannya InsyaAllah.

Ya Allah, jadikanlah aku orang yg sentiasa mengingatiMu tanpa mengira masa. Baik sewaktu berjalan di koridor pejabat mahupun sewaktu di pasar membeli barang keperluan. Jadikan aku orang yg sentiasa berasa kebergantungan padaMu dalam apa jua situasi kehidupan. Suka mahupun duka. Tanpa Allah, siapalah aku.

Ya Allah, jangan Kau lalaikan diri ini dengan dunia. Kuatkanlah semangat aku utk sentiasa berusaha mencari redhaMu. 


Rindu pd suasana di Tanah Haram




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat