Kepenatan Anak 3

Kesiannya Nadim dah kena flu sama mcm aku jugak. Pagi tadi bersin-bersin dia keluar hingus pekat. Sorry lah nak, sebab Ibu awak pun tak sihat sama. Dari flu nak membawak ke demam dah aku ni. Terpaksa telan actifast sebelum lebih parah. Alhamdulillah masih kuat badan nak ke office cuma tak tahan bab hingus yang makin memekat ni ha. Sampai dah merah2 sekeliling hidung dek kesatan tisu. 

Sakit itu penghapus dosa kecil. Moga banyak la dosa kecil aku yang Allah lupuskan. Kena banyak bersabar ajelah sebelum kembali sihat. Harap Nadim pun cepat sembuh spt biasa. Kesiannya baby ni kalau sakit. Remuk hati tengok dia tak selesa gitu. Tsk.

Now every morning aku bagi Naurah & Nazif sesudu madu tualang. Dgn harapan dpt kuatkan immune system memasing esp kakaknya tu. Nazif Alhamdulillah budak yang jarang sakit. Kalau sakit pun cepat baik. Berlawanan betul dgn kakaknya tu. Harap Nadim ikut gen abang yang kuat melawan penyakit ni. Amin.

Hari2 update pasal anak-anak. Pulak dah ada 3 orang. Boring je korang baca kan? Hehehe. Ape nak buat, masih dalam fasa nak menyesuaikan diri dengan rutin baru kehidupan. Masih lagi tak berapa nak teratur. Balik kerja je lepas ambil budak-budak if tak lewat sangat mmg habi akan masak yang simple2 mcm mee/kueteow/bihun gtu for dinner. If lewat sangat terpaksa juga membeli kat kedai.

Lepas makan, solat, mandi, layan anak-anak memang flat sungguh kami. Nampak bantal je dah depan mata. Usually aku akan kena bangun mengepam susu 2x. Itu la yang tak laratnya. Tidur terganggu tapi demi anak kena kuatkan semangat ajelah. Sambil2 solat sunat dah alang2 bangun tu kan. Rasa derhaka sangat pada Allah kalau tak buat solat sunat bila dah bangun mengepam tu. So ada kebaikkannya disitu.

Cuma itulah...kepenatannya adalah maha melampau. Maybe boleh jadi kurus sebab kepenatan anak 3 ni kot. Hehe. Tak habis2 berangan. Sape tau kan? =P


Sori la kakak & abang, kurang dah ibu snap gambar awak berdua. Kita bagi highlight pada baby baru buat masa ni hehehe.







Popular Posts