Koleksi Blouse Muslimah Terkini

Ada sebab kenapa aku suka shopping online kat Zalora. Yang berkaitan dengan fesyen & pakaian, memang situlah aku tuju bila takde masa nak shopping keperluan diri secara alam nyata. Antara sebabnya ialah ada saiz untuk aku hehehe. Itu yg paling penting sekali pertama tamanya bagi orang yang berbadan agak besar ni. Bila saiz dah ada, kita peratikan pulak cutting baju dan corak baju samada berkenan atau tak. Itu je 3 kriteria utama dia untuk aku bila membeli pakaian secara online. Tidaklah cerewet sangat aku ni hehe.

Sekarang ni dah ramai yg ada kesedaran betapa pentingnya menjaga aurat dalam berpakaian. So kita nampak la industri fesyen muslimah sekarang semakin berkembang dan koleksi blouse muslimah terkini menawarkan gaya yang sopan khusus utk wanita bertudung. 

Kepada anda yang tak tahu bagaimana utk kekal bergaya dengan pemakaian blouse muslimah, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Jom tengok gaya mana yang sesuai untuk korang.



Blouse Muslimah merupakan jenis pakaian yang amat versatile atau dengan kata lain, ia sesuai dipadankan dengan apa jua pakaian. Untuk penampilan yang feminine dan mengikuti trend terkini, gayakan koleksi blouse Muslimah kegemaran anda dengan pemakaian maxi skirts seperi diatas.





Yang kedua, jangan takut untuk menggayakan koleksi blouse Muslimah anda tersebut dengan pemakaian outerwear seperti jacket atau cardigan. Kombinasi ini amat sesuai digayakan oleh wanita Muslimah moden yang berani untuk berfesyen.




Untuk tampil selamat pula, padankan koleksi blouse Muslimah anda bersama pemakaian seluar slacks untuk gaya yang ringkas ke pejabat. Selain seluar slacks, anda juga boleh memilih harem pants dan palazzo pants sebagai pilihan alternatif.



Dan untuk tampil lebih kasual, gayakan blouse Muslimah yang loose dengan padanan koleksi jeans seperti berikut. Ia merupakan gaya hujung minggu yang ringkas tetapi tetap bergaya!

So mana satu gaya fesyen muslimah yang korang berkenan? Jangan lupa dapatkan koleksi busana muslimah terkini yang korang minati di Zalora!






Popular Posts