Tragedi Air Panas

Homaii...siryes aku tak suka nak tulis entry yang negatif macam ni. Sebab rasa sedih nak mengingat semula kejadian yang kalau boleh kita nak elakkan ni. But accidents do happen whether we like it or not. Allah menguji manusia during good or bad times supaya kita mengambil pelajaran. Anak-anak yang kecil tu tak salah. Yang salahnya aku & habi as a parents yang diamanahkan menjaga anak-anak. Yes, we blame ourselves for this accident & hopefully it wont happen again in future. Amin.

Kami excited nak jumpa my youngest brother Hirraz & my older brother Abg Eddy at Putrajaya since they open Kopi Kocak stall there. Tak sure ada karnival apa but alang-alang dah dekat we planned to support them lah sambil mengeratkan tali silaturrahim. Plus ada a few things need to be discussed lah regarding Majlis Aqiqah Nadim blablabla nanti entry lain aku ceritalah.

Semua dah siap, aku & budak-budak dah masuk dalam kereta tunggu habi kunci pintu rumah & grill je. Aku duduk depan pangku Nadim. Naurah & Nazif kat seats belakang. Tiba2 dengar Nazif menjerit ' sakit ibu.......' Sepantas kilat aku toleh belakang & nampak dia kesat-kesat baju dia dengan tangan sambil pegang thermos isi air panas utk panaskan EBM Nadim. Naurah suddenly nangis sama sambil kesat2 seluarnya. Menjerit aku dalam tu punyalah cuak sampai menangis Nadim terkejut. 

Camne nak attend Nazif & Naurah dalam keadaan pegang Nadim mcm tu? Aku bukak pintu kereta & jerit kat habi suruh tengokkan budak 2 tu. Biasalah nada suara cemas gitu kan. Laju habi meluru buka pintu kereta & ambil Nazif. Dia selak shirt budak tu cemas suaranya kata ' Ya Allah...melecet teruk ni....' Huwaaaaa...seriau dah aku masa tu. 

Masa kelam kabut tu aku marah kat Naurah sebab dia yg bagi thermos tu pada Nazif. Dia kata Nazif nak air haus. Dia tak tau dalam tu air panas, so dia pun bagi. Itulah first time pun aku bawa thermos tu. Benda nak jadi kan...haihh....

Nasiblah thermos tu tumpah airnya sebelum sampai ke mulut. Boleh bayangkan kalau dah masuk tekak? Ya Allah.....ngeri membayangkannya pun. Kami pun masuk dalam rumah balik & cancel nak ke Putrajaya. Wassap my brother informed what happened. Hope he understand. 

Naurah pun kena percikkan air panas kat peha tapi tak sampai melecur. Lega. Nazif jelah yang parah skek. Habi bawa Nazif ke NCI Hospital. Kena cuci buang kulit keliling yg dah melepuh & sapu krim. Dpt ubat antibiotik utk makan utk elak infection, Paracetamol utk tahan sakit & krim utk sapu.

Malam td kami balik Semenyih sebab tak sampai hati nak hantar taska keadaan mcm tu. Sampai bila pulak aku & habi bergilir nak ambil cuti jaga dia kan? Bukan boleh baik cepat pun luka melecur mcm tu. So kami decided minta tolong PIL lah utk jagakan Nazif & Nadim minggu ni. Naurah kami hantar kindy & daycare mcm biasa.

Kesian sangat Nazif asyik mengadu sakit. Kami yg salah. Moga menjadi iktibar lepas ni jgn ambil mudah tentang bahaya sesuatu benda pd anak2. Get well soon ye Nazif. Hoping for speedy recovery. Ibu doakan awak banyak kali ok!

Kesian....




Popular Posts