Duit Dah Habis Padan Muke!

Aku ni kalau niat nak manage duit gaji betul2, end up nanti mesti sebaliknya yg terjadi. Sampai bad mood aku semalam pasal duit ni. Bayangkan 2 hari cuti weekend lepas duit aku langsai RM600+- begitu saje. Ya Allah, rasa nak menangis bila ingat balik kenapalah cuai sangat belanja tak ingat dunia. Kelemahan diri yang sukar nak diperbaiki. Takde salah orang lain der kecuali diri sendiri. Ya Allah bantulah hambaMu....sobsobsss...

Walau aku tak suka nak imbas apa yang aku buat dengan duit tu, tetap aku kena tulis kat sini supaya bagi pengajaran kat diri sendiri. Korang pon boleh la nilai masalah aku ni. Haihh...pagi2 Isnin dah mengeluh. Sedih taw sedih hahaha. Ketawa nak cover...phuiiii =P

Sabtu keluar pergi Bangi Sentral. Tujuan utama ialah nak pergi Sale tudung bawal by Penmerah.com. Harga biasa RM18, Sale sehari jatuh RM10 sehelai. Penjimatan berganda. So memang wajib pergi beli tudung utk Raya & as usual  offer Kak Ya sekali. Sekali setahun ini ajelah yg aku mampu belanja dia. Print screen pic tudung yg ada & dia pilih. Total tudung Kak Ya 8 helai & aku 7 helai. Total damage RM150. Lepas ni takde dah allocation tudung bawal for 2016 yer. Kecuali ada duit lebih boleh tambah koleksi tudung sarung Cloverush. Itu je lagi satu jenis tudung yang aku suka sangat pakai sbb bagi effect muka yg kurus hewhew. Lily Chin XL memang ready for solat. Even harga dia agak mahal dalam RM70 sehelai, tapi pada aku sangat berbaloi. Setakat ni ada 3 helai kaler hunter green, purple & khakis. Nanti2 lah if ade duit lebih boleh beli. If not pakai jela apa ada.

Settled beli tudung, kami ke Bangi Gateway. Lunch kat Kenny Rogers, habi payung. Pastu masuk Jaya Grocer beli tah pape lebur gak RM50. Nampak kedai arab kat depan masuk beli kurma pulak RM25. Senangnya duit mengalir keluar. Pastu ajak habi ke Kamdar Kajang tempah langsir. Akhirnya wish list yang satu ni berjaya pun dilaksanakan. After 4 years OK baru tempah lagi langsir baru. So agak excited lelebih lagi kebetulan ada Sale kt Kamdar bln March ni. Langkah kanan. Langsir kali ni gabungan kaler hitam & silver utk sliding door besar & small window kat bawah. Utk bilik master bedroom ambil bunga2 kaler biru. Dan akhirnya tempah sekali day curtain. Selama ni takde day curtain pon pasal bajet. This time usulkan kt habi & dia soh proceed since kain per meter kami ambil yang murah2 je & railing kat rumah tu mmg sedia ada double tak perlu nak buat apa2 tambah kos.

Utk sliding door & small window kain RM5 per meter. Master bedroom RM8 per meter. Day curtain sliding door & small window RM5.40 per meter. Ada je kain yang tebal2 & lawa2 design tapi kami pilih yang murah2 sudahlah. Jenis kain yang sama macam yg pernah kami tempah dulu. Molek je pun kainnya takde rosak apa. Jahitan pun kemas. Sbb tu memang kami pilih Kamdar je. Upah jahitan dalam RM173. Total langsir kain & upah RM468.70. Pada aku reasonable sangat dah tu. Alhamdulillah. In 2 weeks boleh datang ambil bayar balance upah jahit je. Utk upah ni aku payung pasal kain habi dah settelkan hehe.

Dari Kamdar kami terus lalu highway Lekas exit Pajam & singgah ke tempat makan viral kat FB. Semangkok nama 1 kedai tu. Cendol tempurung dia memang terbaik.Order Air Kelapa Lemon Laici pun refreshing sangat. Then ada jual Nasi Kukus Ayam Berempah pun sedap lah jugak. Patut selalu lalu situ pergi balik Semenyih nmpk banyak je kereta. Rupanya sedap2 makanan kat situ. Ada mee bandung muar & mcm2 lagilah. Best best. Lain kali boleh repeat.

Ahad, lepas breakfast kat Taman Desa Cempaka, Nilai lajak ke Giant. Lebur duit aku RM195 beli 3 blouse utk pakai kat office kununnya. Huwaaaa....patot sayang duit takyah la beli baju tu tapi nyesal pun tak guna dah beli. Memang lawa baju2nya tapi itulah fikir nak berjimat jadi tak berjimat pulak. Memanglah dah lama tak beli baju tapiiii....takdelah mendesak pun ada je lagi baju lama boleh ulang pakai. Haihh..entahlah tapi habi pun suruh beli so beli ajelah. Utk mata dia jugak maybe suka tengok bini pakai baju baru. Mak pasrah huhu. Pastu beli groceries kat Giant pun lebur duit aku RM150. Nak keluar dari Giant lebur lagi RM100 beli bra Audrey 3 helai ada Sale. Gilo.

Maka dicampurkan semua sekali total damage duit aku dlm masa 2 hari ialah RM670+-. Mane tak menangis aku huhuhu. Padan muka!!! Skrg duduk diam2 jelah sobsobsss

Siryes sedap!! Cendol Durian nyams

Haihh anak sapelah ni...budak tamakan saman

Gigil snap pasal depan tu semua abg Polis hehe

Lily Chin XL Cloverush. Daebak!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat