Gerhana Matahari Atau Matahati?


Pagi tadi ada gerhana matahari. Jakun betul rasa bila tengok. Mula2 tak ingat pun ada gerhana tu, skali masa otw ke office tu rasa macam lain pulak kaler suasana dunia. Macam mendung tapi at the same time ada matahari bersinar di sudut sebelah sana. Jadi kaler tu jadi pelik skek ah kan. Lebih kurang mcm hujan panas gitu. Dari tinted cermin kereta depan yang gelap atas tu memang mata ni boleh nampak jelas gerhananya. Kagumnya dalam hati Allah jelah yang tahu. Rasa excited sangat sambil paksa habi tengok sama memerhati keindahannya. Guane pulak dia nak tengok betul2 dengan tgh drive tu kan? Sabor jelah hewheww =P

Sampai office masih rasa excited. Tapi perasaan dah bercampur dengan sebak memikirkan keagungan Allah yang Maha Esa. Sesuatu yang magical spt gerhana ni tanda kekuasaan Allah & ianya berlaku didepan mata kita sendiri. Masih tak percayakah dgn Hari Kiamat? Tiada yang mustahil bagiNya. Allahu Akbar.

Tak bertangguh lepas punch card, mohler kite ke Surau. Sebelum tu study dulu cara2 solat sunat gerhana matahari. Dalam hati kata at least sepanjang aku hidup kat dunia ni dapat sekali buat pun jadilah. Ini Allah dah bagi peluang kelapangan masa, jgn dipersiakan. Ianya mungkin takkan datang lagi. Tiba kat surau nampak a few staff yang buat solat sunat juga. Alhamdulillah, happy tengok.

Lepas buat solat sunat gerhana, sambung terus dengan solat dhuha pasal dah masuk waktu pun. Lega awal pagi dimulakan dengan perkara berfaedah. Rasa lebih bersemangat utk menjalankan tggjwb kat office. 

At times aku terfikir juga aku ni ada degree tapi kerja taraf SPM. Macam kesiannya lahai. Kenapa agaknya Allah tak rezekikan aku kerja yang setaraf eyh? Mungkin aku dah dapat jawapannya sekarang. Kelapangan masa yang aku ada dengan kerja skrg adalah sangat bernilai kalau aku pandai manfaatkannya. Walau gaji aku kecil, tapi banyak juga benda yang aku dapat kat dunia ni. Ada rumah walaupun bukan atas nama sendiri, at least tidaklah kena bayar sewa tiap bulan kan? Dahlah rumah pun selesa. Apa lagi ko nak?

Walau gaji kecil, dapat juga at least setahun sekali pergi holiday bersama suami & anak2. Ada orang duitnya memang banyak tapi takde kelapangan masa nak bercuti. Apa lagi aku nak?

Kadang benda2 macam inilah yang buat aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan skrg. Dan cara utk aku tunjukkn syukur tu adalah dengan berusaha memberi yang terbaik kesempatan yang aku ada sementara masih hidup ni dengan beribadat kepada Allah. Cara apa lagi aku nak tunjuk kalau bukan dengan cara tu? Kalau setakat cakap kat mulut, terniat di hati tapi tak pernah buat pun tak guna juga kan?

Hikmah sesuatu perkara yg Allah takdirkan pada kita bukan boleh nampak dalam waktu yang singkat. 10 tahun kot aku kerja sini, baru skrg terfikir kenapa sekian sekian. Sebab tu orang kata tak setiap pkr tak best yang berlaku dalam hidup kita tu merupakan musibah sepenuhnya. Pd waktu ianya berlaku, ya, maybe ia musibah. But as time passed by, entah mcm mana kita rasa pkr tu 1 rahmat pulak. 

Marilah aku relate kan pasal kes putus tunang dulu dengan suami yang aku ada skrg. Masa putus tunang tu nangis2 tanya Allah kenapa dia bukan jodoh aku? Aku rasa dia dah terbaik dah dari semua lelaki yg aku pernah jumpa. Why??Why???? Eceh mcm drama pulak hahaha. Rupa2nya Allah nak bagi jodoh yang laaaagiiiiii baik drp yg putus tu. Ohh, ada rupanya lelaki yg lebih baik yer? Hewheww. Nampak tak keterbatasan ilmu manusia kat situ? Kita nampak apa yang Allah bagi kita nampak je. Sedangkan Dia lagi nampak semuaaaaanya pasal Dialah penciptaNya betul tak?

Sebab tu jgn mudah bersangka buruk pd Dia. Tak pernahnya Dia ciptakan kita saje nak buat kita hidup merana & susah kat dunia ni. Apeke pekdahnye kalau manusia diciptakan hanya utk itu kan? Pelik bebenor hehe. So ikot logik akal pun kita boleh pk benda ni. Rajin2kanlah diri memikir tentang kekuasaan Allah ni. Moga kita dapat jadi hambaNya yg sentiasa memperbaiki diri sepanjang kita hidup kat dunia ni. Aminnnnnnn...


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat