Nazif & Pediasure

Kalau korang masih ingat, Nazif ni ada 1 penyakit suka or senang muntah. Overload susu or makanan, cepat je dia muak pastu muntah. Geram kadang tu pasal rasa macam dah jadi habit pulak. It seems like dia buat-buat nak muntah pastu akhirnya muntah. Itula kalau korang tengok badannya kemain lagi rangka tu kesian tengoknya macam mak tak bagi cukup makan. Padahal dia la yg sokmo suka nak muntah2 tu. Dah warning banyak kali pun tetap lagi dia buat. Biasalah nama pun budak2 ye tak?

Cuma yelah kite ni sbg ibu bapa memang risau lah takut anak tak cukup zat ke ape kan. Underweight pun boleh mengundang penyakit datang. Not good OK. So sebelum keadaan menjadi tak terkawal, aku suggest kat habi tukar susunya from DL to Pediasure. Well, susu Pediasure ni memang terkenal la doktor selalu suggest utk budak2 yg ada masalah pemakanan. So aku rasa dalam kes Nazif ni memang sesuai sangat lah kita cuba pakai. Memanglah susu ni agak mahal tapi since Nadim fully breastfeed, boleh lagilah gagah2 beli susu utk Nazif ni. Dia pun dah tak berapa kuat sangat menyusu. Kat taska dalam 2 kali, kat rumah pun 2 kali malam & pagi. Kadang kurang drp tu.

Naurah pun dah stop susu. Sekali sekala je dia teringin. Itu pun bancuh dalam cawan dah tak pakai botol. Syukurlah kurang sikit belanja hehehe. Dia pun dah besar kot. Tahun depan dah sekolah rendah. Masih awal lagi nak bagi result samada OK ke tak Pediasure ni utk menambah berat badan Nazif. Dari segi sakit, dia memang kebal skek drp kakaknya. Jarang sakit & cepat sembuh. Alhamdulillah. Nadim pun nampak gaya macam ikot kekebalan abangnya. InsyaAllah. Kita doa yg baik2 je utk semua anak supaya selalu sihat. Sekali sekala sakit tu normal lah kan. Ujian utk kita sbg ibu bapa.

Apapun aku harap habit muntah Nazif ni bukan petanda penyakit yg bukan2. Nauzubillah. Habi ah semalam dok cerita kawan dia share story pasal anak buahnya suka muntah2 mcm Nazif tu pastu last sekali diagnosed ada kanser usus tak salahnya. Terus risau adakah aku terlalu ambil mudah dalam kes Nazif ni? Hmmm. Ikut naluri aku kes Nazif ni lain sebab tidaklah kerap sangat muntahnya tu cuma itulah dia jenis cepat muak plus dah jadi habit bila sendawa, kenyang sangat rasa bloated & caranya cuma dgn muntahkan balik utk rasa selesa semula. Aku harap tekaan aku tepat. Amin.


Alolo so sweet both of you. Please take care of each other sampai hujung nyawa yer!







Popular Posts