Hubungan

Apa agaknye perasaan nak pergi kerja tiap pagi kalau tahu ramai orang tak suka kat kita eyh? Seronok ke perasaannya? Atau tak kisah je? Just live with it.

Secara amnya apabila manusia mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, automatiknya hubungan kita dengan manusia juga menjadi bertambah baik samada secara kita sedar atau tak. So bila kita tahu ada ramai orang tak suka kita, selalu ada masalah dengan orang lain, tak terfikirkah kita utk memperbaiki amal ibadat kita pada Allah? Mesti ada something wrong somewhere ye tak? Kenalah muhasabah diri & cari penyelesaian pada masalah tu. Takkan nak biar je.

Dikatakan kerja kita ni juga merupakan 1 amal ibadat sebab kita mencari nafkah untuk diri kita & ahli keluarga kita. Kalau kerja kita berhubungan dengan orang, susah sangatkah nak permudahkan kerja orang lain? Dan tak bolehkah bila bercakap dengan orang tu dengan perkataan yang baik-baik tak perlu nak tempelak itu ini. Siryes aku tak faham dengan orang yang macam sentiasa jaki dengan kita ni. Ada je yang tak kena. Kita cakap elok-elok, dia balas dengan nada annoying. Nada nak marah. Macam kita ada buat salah pulak kat dia sedangkan kita berurusan dgn dia pun atas sebab kerja.

Demi Allah orang yang macam ni aku memang elaaaakkkkk sangat nak berurusan. Kalau dah rasa terpaksa sangat sangat sangat barulah aku bercakap dengan dia. Orang macam ni sbnrnya membawa negativity dalam hidup kita. Dekat dengan dia pun dah tempias cas-cas negatif. Sebab tu kalau boleh kena elakkan orang macam ni. Dan orang yang boleh kawan dengan dia selalunya sama je macam perangai dia jugak. Hehehe. Betul lah. Kan ada pepatah kata kalau nak kenal dengan seseorang tu tengok kawan-kawan dia sama. Kalau nak jadi berilmu, duduklah dengan orang yang banyak ilmu. Nak pandai agama, duduklah dengan orang power agama. Gittuuuu....

Kampeni skrg ni biasalah stafnya silih berganti. Sampai ada juga staf dept lain yang aku tak kenal. Mana ada masa sangat nak bersosial kan. Kadang mengepam susu dalam Surau jumpalah a few new staff & aku ni sbnrnya bukanlah peramah sangat orangnya. Tengok mood jugalah. Masa mengepam sllunya aku ngadap henfon melayan media sosial nk bagi masa tu berjalan laju sikit. Tapi itulah kadang new staff ni bagus jugak pasal rajin menegur. Kalau orang dah tegur tu aku letaklah henfon kan. Kat situlah baru nak sembang berbasa basi apa yang patut. Itupun aku tetap tak tahu nama ekeke. Cam muka ajelah. Nanti tanya kat staf lain siapa orang ni sekian sekian haha. Segan la nk tnya nama orang pasal kdg org tu tau pulak nama kita huhu.

Benda2 yang simple macam ni kdg buat aku happy. Happy sbb setakat ni takde lagilah ada perasaan taknak pergi kerja disebabkan ada masalah dengan staf lain. Bertegur sapa bila berjumpa cuma biasalah ada a few staf yg kerek jenis tak bergaul orang sgt tu kita tunduk jela bile berjalan nk buat mcm mana. Drp dok fikir bukan2 pasal dia, baik kita fikir benda2 yg baik aje. At least tidaklah sampai bermasam muka kan. Cuma buat tak tahu je hehe.

Itulah kadang terfikir apalah yang bermain difikiran orang yg macam tu eyh. Kadangrasa kesian pun ada sebab seronok ke melayan orang dengan teruk? Seronok ke tau ramai orang tak suka kita? Hati tu tak rasa tak best ke ada banyak benda negatif tersimpan? Buat aku sangat tertanya tanya hehe. Tapi yelah....doakan jelah dia berubah. Memang kesian jadi orang yg mcm tu dari sudut pandangan aku.

Setiap 18hb keduanya genap umur =)










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat