Moga Semua Berjalan Lancar

Alah...macam busy sangat lah kerja sampai tak terupdate blog ni dekat seminggu yer. Macamkan hebat sangat position awak tu nak busy busy sangat. Hehehe. Syok jugak mengata diri sendiri sekali sekala. Psikopath. Hahaha.

Hari ni penghujung hari segala busy. Petang ada Town Hall Meeting Q1 kat Kirkby College. Pulaknye aku in charge untuk catering. PIC yang selalu deal tu cuti pulak. Nak taknak kenalah aku ambil alih tolong menolong sesama manusia. Harap sangat meeting kali ni pun berjalan lancar. Biasalah buat kat tempat orang ni payah sikit. Kalau kat hotel tu takpe pasal dah memang tugas diorang handle event macam2 kan. 

Hari ni baru nak buat final setup untuk projector, sound system bagai. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami AJK THM ni. Amin.

Banyak sebenarnya benda nak cerita tapi masa ni sangat cemburu pada I hari ni. Habi dah pergi ke Beijing petang semalam. Dah sampai pun kat hotel sana around 2.30am. Leganya bila dia balas whatsapp. Harap Allah permudah jugak urusan dia & the team kat sana. From Beijing they will go to Shenzen and finally to Hong Kong. Flight to KUL will depart from HK. Moga selamat lah balik ke pangkuan kami semua. Amin lagi.

Mak & Abah pun dah sampai rumah kami tengahari semalam. Hari ni Naurah ponteng kindy so 3 anak semua my parents jaga. Mesti haywire rumah hahaha. Biorlah asal budak2 semua terjaga. Terpaksa juga minta tolong mak abah datang tolong aku sebab tak yakin boleh handle 3 orang anak. Bila fikir2 balik sebenarnya boleh je tapi itulah hati tak kental sangat. InsyaAllah by next year aku akan cuba jaga diorang semua sensorang bila habi out station. Sampai bila nak harap bantuan mak abah kan? Diorang pun bukannya suka sangat duduk rumah aku lama2. Biasalah orang tua mana betah ddk rumah anak lelebih lagi area bandar ni. Mati kutu.

Kat kampung sana banyak aktiviti deme boleh buat. Ade kenduri kendara nak dihadiri. Ada appointment dengan hospital utk regular health check up. Rasa bersalah jugak kita bila diorang terpaksa datang rumah & tak dapat buat rutin hidup diorang seperti biasa tu. Nak berulang alik dari Semenyih memang tidaklah utk aku. Laluan jem nak pergi balik kerja memang tak lalu aku nak hadap. Selalu balik kesana kalau ada anak2 yg tak sihat lama or kes2 emergency jelah. Selagi boleh berdikari, kenalah kami berdikari. Sekali lagi, sampai bila nak mengharapkan bantuan orang aje kan?

Syukurlah start esok aku cuti 3 hari sempena hari buruh. Selasa baru nak kerja & malamnya InsyaAllah habi akan touch down kat klia2. Rabu habi apply cuti so aku kena drive sendiri lagilah pergi kerja. Harapnye mak abah boleh lah balik Rabu pagi ke Johor. Kalau dema nak balik Selasa pagi, kena import Hirraz datang tolong pikap Iz kat klia2. Kalau tak aku je boleh pikap if mak abah masih belum balik. Tengoklah nanti macam mane. 

Lepas semua keserabutan ni, I need a vacation. 23rd adalah ulangtahun perkahwinan kami ke 7. Usually memang akan pergi bercuti. Last year ke Krabi. This year dalam negeri je sudah pasal July nanti nak travel jauh dah. Cuma itulah belum ada kata putus nak vaccay kat mane. Sibuk sangat la kunun masing2 sampai nak holiday kat mane pun tak tau lagi. Poyo je. Haha.

Muka sedih. Tak tau nak letak pic apa haha





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat