Nadim First Time Warded

Akhirnya tewas juga Nadim terpaksalah kami wardedkan di Nilai Medical Center hari Rabu yang cuti Nuzul Quran tu. Pagi tu bangun drp tido dia batuk non stop sejam lebih jugaklah. Ya Allah risau hati tak terkata hanya Allah yg tahu. Bila macam tu laju jelah aku ajak habi pergi NMC since Annur Paed Clinic mesti tutup jugak public holiday kan. Syukurlah NMC tu kat Negeri Sembilan so depa tak cutilah. Sepanjang perjalanan drp Semenyih ke BBST (balik rumah nak tukar proper baju. kes x bawak baju lebih) tak putus2 aku panjatkan doa utk Nadim pada Allah moga ringankan penyakitnya tu. Hati rasa dicarik2 tengok anak batuk kokol non stop menangis2 kesakitan. Allah, hanya Dia yg tahu betapa terseksanya hati seorang Ibu melihat kesengsaraan itu.

Dah nak sampai kat rumah Nadim tertido. So ambil peluang lah mandi & bersiap apa patut. Nyenyak nampak tidurnya maybe keletihan batuk non stop tu. Appointment kami dengan Dr. Yap pd pukul 10.30am. Sementara menanti waktu tiba, sempat aku lipat baju yang berlonggok atas sofa. Habi pun sampai tertidur atas sofa kepenatan tak cukup tidur. Nak sampai masa, aku pun gerakkan la habi ajak cepat ke NMC even Nadim nampak dah OK sikit. Kena tahu jugak condition sebenar dia supaya boleh berlapang dada.

Lama jugaklah turn kami sblm dpt jumpe Dr.Yap. Biasalah dah ada patients yg lebih awal datang. Kami masuk je Dr. Yap terus recognized kami pasal Naurah & Nazif pernah warded situ jugak dulu2 kan. Dia dengar Nadim batuk je dah buat muka HMM. Tau dah dia kena warded ni. Bila dengar dada tepatlah jangkaan dia dah dengar wheezing. So kami pun setuju jelah warded kan Nadim asalkan dia cepat sembuh. Dr. Yap bising jugak spttnya kami datang lebih awal bawa Nadim sbb condition dia dah agak tak OK la sbnrnya. By x-Ray boleh nampak dah banyak kahak develop kat lungs. Our bad. Our bad.

Actually kami tak sangka pun keadaan Nadim seburuk tu sbb on Tuesday masa kami tinggalkan dia with PIL, dia happy je main2. Balik dari kerja ptg tu baru kami tau PIL dah bawa dia ke klinik biasa ambil neb. Terkejut sbnrnya sbb PIL takde pulak call bagitau like usually they did. Ralat & terkilan tapi kami suami isteri berlapang dada sajalah. Benda dah jadi tak guna nak perbesarkan. Yg penting skrg kesihatan Nadim. Lain tu tolak tepi. Makanya kami 3 beranak berada ni NMC utk 'percutian' 5 hari 4 malam. Terpaksa kami EL 2 hari lagi & alhamdulillah by Sunday dah discharged.

Happy sangat bila Nadim dah sihat. Dia ni budaknya senang dijaga kalau sihat. Tapi kalau tak sihat mmg cranky ya rabbi lah yer. Tengok dia dah mula senyum & main2 tak terkata gembiranya kami. Terima kasih Allah kerana ujian ini. Moga kami ambil pelajaran drpnya.

Terima kasih kpd PIL kerana menjaga Naurah & Nazif yang juga tak berapa sihat sepanjang kami suami isteri sibuk menjaga Nadim kat hospital. Thanks so much Dr. Yap & nurses kat NMC yang sangat berdedikasi & friendly. Warded di NMC mmg tak banyak benda yg mengecewakan kami. Bilik yang luas & selesa. Mmg mcm duduk di hotel 4 bintang ehhee. Tp harap tak jumpa lagi lah wahai NMC best mcm mane pun awak. Sy mengharapkan anak2 semua sihat selalu. Amin.

Kat bawah ni gambar rangkuman sepanjang 5 hari kat NMC.

Fisio
Fisio








Kena masuk oxygen. Pernafasan tak 100%

Nampak segar sikit dah

Habi selesa je baring kat situ. Tak sakit badan. Mmg best


Tidurlah sayang. Last nap before discharged :)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat