The Great Holiday InsyaAllah

OK malas dah nak berteka teki tentang our Holiday of the Year. Next month InsyaAllah kami anak beranak 5 sekeluarga akan berangkat ke Amsterdam to visit Kak Ya yang berkerja disana. This is her 2nd year of working there. Last year mak, abah & adik beradik yang lain dah jejak kesana at about our time for this year jugaklah. Sempat lagi deme merasa puasa 18jam sehari huhu. Which is aku awal-awal lagi dah surrender kabo tak daya nak puasa selama tempoh tu. Maklumlah kita ni ibu yang menyusukan anak lain sikit ujiannya dalam bulan Ramadhan ni. Ini pun memang ada kurang dah yield yg dapat hasil perahan kat office. Syukur ada frozen EBM yg membantu saat2 kritikal macam harini. Semua bekal Nadim 5 botol contains 3-4oz each adalah dari frozen EBM. Yang fresh yillek pochik sobsobs.

See dah lari topik pulak haha. Sejujurnya aku & habi memang tak plan pun nak visit Kak Ya kat sana dengan kekangan kewangan yg kami ada. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Begitulah juga kami. But again perancangan Allah adalah yang terbaik. Akhirnya gitu gini diskas ting tong whatsapp yadda yaddi around bulan Feb yg lepas selamat dah booked flight tickets Emirates from KUL-Dubai-Schipol on 16 July and return Schipol-Dubai-Kul on 30 July 2016. 2 weeks jugaklah kami kat sana. Orang kata alang kepalang dah sampai kan? Entah bila lagi nak jejaknya haaa. Ini pun kami dah jimat banyak dari segi accomodation sbb tido apartment K.Ya je kan.

Tiket flight jelah yang makan banyak duit. Sekali lagi syukur ke hadrat Allah sebab K.Ya sudi sponsor 3 anak buahnya tu tiket. Nikmat Allah yg manakah kami suami isteri mahu dustakan? K.Ya memang kakak yang aku paling rapat dalam adik beradik. Ngam lah orang cakap. Suka share pape dengan dia & dia pun jenis tak banyak hal. Jadi itulah kami ni serba salah sangat bila dari last year dia ajak kesana sedangkan kami sefamily memang rapat dengan dia. Rumah kat AU2 tu memang boleh kata tiap bulan kami jejak nak lepak2 dengan dia. Dah macam balik rumah in law kat Semenyih rutinnya. Yelah nak balik ke Johor selalu jauh sangat, so lepak dengan dia jelah terubat rindu hati nak balik kampung gitu.

Sebab tak sampai hati nak declined jemputan K.Ya, akhirnya kami sepakat kumpul duit juga nak kesana. Gunalah sikit savings yg kami ada utk belanja masa kat sana. Duit tiket pulak kami bayar ansuran dengan K.Ya hehehe. Syukur dah tak banyak dah hutang dengan dia. Dia kabo dah tak payah rushing sangat nak bayar but dah memang jenis aku & habi tak suka sangat berhutang, so ada je duit lebih memang kami bayar ke K.Ya. Taknak ambil kesempatan sangat. Walau sedarah sedaging, hutang tetap hutang. Wajib dibayar.

Sedar tak sedar akhirnya dah dekat dah masa nak berangkat kesana. Debar tu memang ada pasal last kami naik flight is last year ke Krabi celebrate our 6th anniversary. Masetu Nadim masih dalam perut. Ini kali dia sudah depan mata huhu. Ya Allah, harap sangat dipermudahkan urusan kami handle 3 anak kecil in a long hours flight for a total of 13 hours macam tulah. Kami ambil transit ke Dubai so that budak2 takdelah boring sangat duduk lama. Dapatlah jalan sana sikit luruskan pinggang sblm meneruskan perjalanan. Bila travel dengan anak2 kecil ni memang priority tu pada keselesaan diorang lah. Kita ni dah tak penting sangat. Harung je situasi mcm mane pun.

Aku dah list down tempat2 menarik nak visit kat sane. Tengok jelah mana tempat yg sempat cover. Lagi sekali bawak bdk2 jalan ni tak boleh nak bercita2 besar sangat. Kena ikot mood diorang sama. Cuti pun dah apply 11 days tadi. Bos dah intebiu & approved alhamdulillah takde drama pape hehe. Doa sangat selamat kami pergi & balik dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Rezeki anak-anak mak ayah tumpang 4 kaki =P

Sabtu ni baru nak buat passport for Nadim. Aku & Naurah dah kena renew. Sudah expired.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat