Misi Rotterdam : The End

Last day in Rotterdam, Netherlands. Sobsobss. Sedih lak rasa nak tulis entry ni huhu. Pagi-pagi kami keluar untuk kali yang terakhir ke Pasar Tani hebat dibawah tu. Misi membeli coklat & buah-buahan sbg souvenirs & kiriman dari beberapa orang di Malaysia. Balik rumah terus pack barang. Dari 2 beg dah jadi 3 beg. Pinjam beg Kak Ya ser khas masuk barang kiriman. Kelang kabut bersiap bila driver ke airport whatsapp Kak Ya soh pergi awal setengah jam drp masa yang dijanjikan. Sebabnya ada kes tak best sikitlah pasal security kat Schipol Airport. Dijangkakan security tight so better sampai awal lah kan. Mati kalau kena tinggal flight oiiiii hahaha.






Ahhaa...lupa lak balik daripada Kinderdijk kami beli kek birthday Nazif yang ke 3 tahun. Kemain ko sambut birthday kat Netherlands. Ko hado? Hahahaha. Rezeki awak lah Nazif dapat celebrate birthday paling gempak kat negara orang setakat ni =P Kek tu sirius sedaaaaaappp. Kunun besar sangat tak habis makan. Sekali bile dah hadap terus tinggal 2 potong je lagi kahkahh.






Inilah antara gambar2 yang berjaya di snap pada pagi hari keberangkatan pulang ke tanahair. Sebak taw. Hiba gitu. Over naw ko hahaha. What a great experience we've all had. Thank you so much dear Allah for giving us this opportunity that we never had in mind at all before this. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Yer, pada aku lebih mudah utk beribadat kepada Allah di negara kita. Waktu solatnya just nice. Kat sana susah sangat taw nak adapt timing tu dengan waktu siang malamnya yang awkward (for us lah). Banyak mudah bila 12jam siang 12jam malam. Kat sana gopoh nak nk solat esp Maghrib, Isya' & Subuh. 3 waktu solat ni susah nak dapat lengkap sbb jarak masa yang pendek since start gelap adalah pd jam 10malam. 3.30pagi dah Subuh. Bayangkaaaaaaannnn. Ko macam kena set masa wisely sangat supaya dapat tidur & dapat cukup solat. Sangat susah yer.

Then finally kami pun berlepas ke Schipol Airport at 5pm. Around 6pm sampai & Alhamdulillah security check okay je macam biasa. Dipermudahkan urusan atas doa-doa anda semua. Terima kasih =)



Giginya luruh di Amsterdam. Petanda kena datang lagi ehehemmm =P

Salah angle. Macam semut jadinya mausia hahaha

Yeayhhh the right angle

Thank you so much dear sister. May Allah bless your life at dunia wal akhirah. Amin yra

Pelok2 nangis2 dengan Kak Ya macam ape je hahaha. Bermacam perasaan masetu dengan rasa terharu, berterima kasih, sedih sebab nak tinggalkan dia sorang2 kat negara orang yang beribu batu jauhnya. Allahu susah nak describe tapi memang emo sangat masa nak balik ni siap bergaduh dengan Iz masa kemas2 barang kat rumah huhu. Malas la nk cerita detail pasal tu. Tak penting pun hehe. Kejap je masam muka, kat airport baik dah =P

Alhamdulillah jugak dipermudahkan kami handle 3 anak arah balik dalam flights kali ni. Tak haywire sangat macam masa pergi. Diorang banyak tido maybe kepenatan agaknya. Ibu Ayah je yg pah ceroh mata tak berapa tido sangat. Tu yang sampai Malaysia jet lagged mengalahkan anak2 hahaha. Senang kata seminggu jugaklah nak sesuaikan diri balik pasal timing ni. Baru paham erti sebenar jet lagged huhuhu.

Yeayyhhh...tamat dah kisah pengembaraan 5 sekeluarga kami ke Netherlands. Looking forward for the next travel experience. InsyaAllah. 

SEE YOU AGAIN ROTTERDAM! HELLO MALAYSIA

Back to reality. Cuti tahunan dah habis. Padan muka. Hahaha =P





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat