Skip to main content

Misi Rotterdam - The Journey Begins

Ya Allah, busy sangat sampai takde masa nak update sini. Maklom ler lama cutinya ehh. So kerja pun banyak dah sedia menanti. Banyak sangat nak cerita pasal trip to Rotterdam ritu. Kang delay lama sangat lupa dah ape nak di share. Maklomla usia makin meningkat ni keupayaan mengingat pun semakin lemah. Sabor jelah ye hehe. Tak tau nak start drp mane pun yer. Mestila yang minat nak baca tu nak tau drp awal yer dak? Barulah fefeeling baca travelog gitu ekeke. Poyos.

So here it goes aku try ye refresh balik otak yg makin berkarat ni. Kat bawah ni itinerary flight Emirates arah pergi.

Depart

Arrive

KUL

Kuala Lumpur

DXB

Dubai

10:30

Saturday
16 Jul 16

13:30

Saturday
16 Jul 16
Flight number

Flight
EK345

Aircraft

Aircraft
Boeing 777-300ER

Stops

Stops
Non-stop

Duration

Duration
07 hr 00 min

Class

Class
Economy Special

Connection

Connection in Dubai (DXB) : 01 hr 25 min

Depart

Arrive

DXB

Dubai

AMS

Amsterdam Schiphol

14:55

Saturday
16 Jul 16

20:00

Saturday
16 Jul 16

Dugaan tersangat lah hebat dalam flight dengan anak kecil seramai 3 orang. Sampai takde masa nak takut kalau terjadi pape kat flight tu. Itulah statement ikhlas dari aku kihkih. Masa dalam flight tu syukur sangat Kak Ya ada. So dia pun memang tolong banyak la kitorang laki bini handle budak2 ni. Naurah tak banyak hal sangat. Nadim pun tak berapa. Ahh rasa korang tau dah sape yg paling biasa buat onar. Anak nombor 2 katenyerrr hahaha. Yes Nazif tulah yang paling stressed sekali nak handle peel dia. Kesabaran tu memang parat hidung dah orang kata. Nak meletop kepala dia punya tahan sabar tu. Dada pun boleh pecah dibuatnya. Hahaha. Begitu sekali yer.

Waiting for boarding





Terus terbayang ganelah arah balik sok Kak Ya tak ada hewhew. Transit kat Dubai tu memang terkejar sangat sebab flight delayed setengah jam kat Kul sebab air traffic yang heavy. So mmg terkejar2 flight lah kami kat Dubai tak sempat nak buat apa. Dapat nombor gate, terus je masuk balik. Sempat pergi toilet jelah memasing pastu dah boarding. Mengah semua orang hehe. Pengalaman sungguh la. Tapi takpelah pasal lepasni dah tau transit tu better gap 3-4 hours la especially kalau travel dengan budak2. Lesson learned.

Sukahati duduk. Refused to wear seat belt. Stress sbb nti kena tegur cabin crew bila ada turbulence huhu

Muka dah lemau bila dah 3-4jam dalam flight haha

Alhamdulillah checking kastam semua smooth tak masalah. Bila jejak kat Schipol tu jadi macam blur kejap. Tak caye sampai juga akhirnya kat Netherland. Tak pernah terfikir pun akan sampai negara orang sejauh itu. Bila Allah kata kun maka fayakun, Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu yang agak mustahil bagi diri kami sekeluarga akhirnya menjadi kenyataan. Allah yang maha pengasih & penyayang. Sangat besar rahmat & kasih sayangnya pada aku & suami berserta rezeki anak-anak walau kami bukanlah dari keluarga yang berada. Terima kasih Allah. Malu bila mengenangkan kita ni ibadat entah apa-apa je tapi Allah tetap bagi rezeki tak tercapai dek akal. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Dari Schipol Airport kami menaiki teksi yang dah sedia di booked oleh Kak Ya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Lengkap teksi tu dengan booster seat for Naurah Nazif & car seat Maxi Cosi for Nadim. Safety memang jadi priority bila berada kat negara Eropah ni. Tak sama macam negara Asia. Aku rasa semua orang pun tahu bab ni kan? Takpelah next year Malaysia pn akan wajibkan penggunaan car seat utk kanak2 dalam kenderaan. Moga takde lagi insiden menyayat hati berulang kembali. InsyaAllah, amin.

Separuh perjalanan akhirnya aku tewas dek keletihan flight yang panjang & kurang tidur. Maklomlah nak tido dalam flight rasa risau dok perati anak2 takut diorang buat hal pape. Nak bagi diorang jangan bising sangat takut kacau passengers lain dsb. Itulah pengorbanan seorang mak kan hehe. Nadim pun molek pulak duduk dalam car seat. Selesa kot naik car seat mahal. Usha harga kat Lazada nak terbeliak mata sampai beribu RM harganya. Kat sane pun dari Euro convert ke RM lebih kurang je harganya. Lupekan ajelah haha. Nantilah cari car seat yang selesa skek ala-ala utk awak yer Nadim. InsyaAllah ada rezeki awak ibu try usahakan yer =)

Nyenyak

Akhirnya kami sampai ke apartment Kak Ya di  De Markthal. Naik lif Floor 3. Sampai2 je blur. Hahaha tak habis2 dengan blur. Otak masih nak digest apa yang sedang berlaku masetu. Happy & excited sampai tak tahu nak react macam mana. Bersyukur jelah tak terhingga dengan rezeki yang ada. Perasaaan yang bercampur baur.

Padang depan apartment

De Markthal adalah apartment yang berbentuk ladam kuda seperti dalam gambar belah kiri tu. Bawahnya mall, atas apartment. Atau kiri kanan apartment, tengah2 mall. Begitulah. Apartment yang high end huhu. Sewa sebulan Euro 2,200. Kiralah sendiri berapa duit RM kalau convert. Darab dengan 4.5 lebih kurang. 1 floor ada 4 unit apartment kongsi 1 lif. 


De Markthal

Kat balkoni
View dari balkoni

OK. To be continued......

Semua gambar adalah tanpa editing. Ini adalah rough pictures from my Huawei G8 =) Kalau gambar kelam tu kadang salah setting or pencahayaan. Ape guna beli henfon mahal kalau nak kena edit2 sokmo kan? Lagipun aku adalah malas nak edit macam zaman dolu2. Harap maklom.










Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…